Detik Bersejarah Aiman
Tidak lama lagi cuti sekolah paling panjang akan bermula. Para pelajar tentu bersorak gembira kerana mereka sudah bebas dari belenggu peperiksaan. Manakala sebahagiannya pula baru menduduki peperiksaan SPM yang bermula pada hari ini.
Sebentar tadi, sempat saya membaca N3 di blog Kak Sri Diah mengenai aktiviti cuti sekolah terutama anak bongsunya akan 'tuuut'. Sudah tentu 'tuuut' yang diperkatakan ialah berkhatan atau 'naik jawi' (..istilah org2 kampung). Anak sulung saya, Muhammad Aiman juga bakal menempuhi detik-detik bersejarah ini pada pukul 7.15 pagi, Jumaat, 23 November 2007.
Sengaja kami daftarkan namanya awal2 kerana bimbang jika di saat akhir.. dia melarikan diri pulak! Almaklumlah.. masing2 mengerang kesakitan dan keluar dari bilik doktor dengan wajah yang sudah merah padam!
Syukurlah kerana sekarang sudah ada kaedah yang lebih mudah dan ringkas spt penggunaan laser dan pemakainan kelongsong untuk menggelakkan jangkitan kuman. Jika hendak dibandingkan dengan kaedah lama iaitu potong dengan pisau Tok Mudim, jahit dan balut saja seperti di zaman adik2 saya dulu.. memanglah rumit dan cerewet (..siap ada batang pisang lagi!).
Satu perkara yang tidak kurang pentingnya, menjaga anak yang baru berkhatan juga tidak boleh dipandang ringan. Banyak pantang larangnya persis orang perempuan yang baru bersalin. Makan dan minumnya perlu dikawal terutama air tidak boleh diminum di dalam kuantiti yang banyak.
Semuanya untuk masa depannya agar dia pulih dan boleh bergiat aktif semula di dalam segala bidang. Itulah harapan semua ibubapa termasuk kami kerana anak kecil yang dulunya manja kini sudah beralih ke zaman bujang pula.. begitu cepatnya masa berlalu!























No comments:
Post a Comment