"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

11 January 2008

Gempaq!!!

Salam Jumaat,
.
Sebentar tadi, DS terima berita drp suami yg sedang bertugas di Bandaraya JB. Gempar! Ada orang kuat MIC telah ditembak mati di dalam lif, di Wisma MIC, Jln Segget. Err... belum pun reda isu Hxxxxx, negara sekali lagi digemparkan pula dgn berita ini.
.
Peliklah, apa puncanya sehingga sanggup berbunuhan? Dah tak macam berada di negara sendirilah! Bulan lepas, di Pakistan, Pn Benazir telah terlibat dalam kejadian tembak-menembak dan akhirnya, dia terbunuh akibat kecederaan di tempurung kepala?!
.
Astaghfirullah! Kenapa dan mengapa? Dunia-dunia!!!
.
Kelmarin, isu budak perempuan hilang.. hai.. jenayah semakin berleluasa dan kita seolah-olah kehilangan punca.. DS? Geram sangat!

2 comments:

dLyn aZmi said...

malaysia dah jd makin teruk kan??? rs mcm dah x selamat.. hmmm

dS said...

Lin, situasi ini terjadi berkemungkinan disebabkan pilihanraya umum yg bakal diumumkan pada bila2 masa saja. Ada bbrp pihak yg sengaja melengah2kannya dgn menimbulkan keadaan huru hara. Seorg demi seorg dari parti politik besar yg tanpa disedari tlh gugur atau tergugur dr jawatan msg2! Gempaqkan? Skrg ni, 1 dr MCA n 1 dr MIC.. err.. UMNO?!? Minta2 Allah lindungi kita n keluarga kita dr musibah, Amiiin!