"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

09 January 2008

Salam Maal Hijrah 1429!


Sebentar saja lagi, muslimin & muslimat seluruh negara akan menyambut ketibaan bulan Muharam Al-Mubarak.
Azam DS? Sudah tentu nak jadi muslimah yang baik, taat, ikhlas, jujur, sopan... hmm!?
******************************************

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiMu, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan limpah rahmatMu, kami bersyukur masih dapat meneruskan perjalanan hidup yang mencabar ini dengan nikmat kasih sayang dariMu di akhir tahun ini.

Ya Allah, sesungguhnya pada hari ini kami memohon keampunan dariMu, ampunilah dosa kami yang telah lalu dan dosa kami yang akan datang, dosa yang kami sembunyikan dan dosa yang kami nampak dan dosa yang hanya Engkau yang mengetahuinya.

Kami juga sedar Ya Allah, setiap kelebihan dan kesenangan yang dikurniakan kepada kami adalah sebahagian daripada ujian Mu Ya Allah. Ujian agar kami tidak lalai, leka atau lupa diri dengan nikmatMu dan dapat terus mendekatkan diri kami kepada Mu serta mensyukuri nikmat dan rahmatMu.

Demi menjalankan kewajipan kami sebagai hamba Mu yang bertakwa Ya Allah, lindungilah kami dari tersesat dan disesatkan, terpesong dan dipesongkan, dizalimi dan menzalimi, serta dibodoh dan diperbodohkan. Demi kelebihanMu Yang Maha Agong, lagi Maha Pemurah dan Maha mengetahui jadikanlah tahun baru Hijrah ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam, AMIN .......

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429

No comments: