Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
saat aku tercari-cari
diri jadi lelah tak bermaya
tika khabar duka melewati
jendela hatiku disingkap
sesuatu yang tersirat
buntu tak menentu
aku terus memikir
mencari kelogikannya
walau payah aku singkir
ia tetap datang saban waktu
memburu satu jawapan
ataupun jalan penyelesaian
kerana aku khuatir
ia merebak menjadi kudis
susah juga bila dah tahu
lebih baik aku tak tahu
tapi aku gatal sangat nak tahu
kini aku buat-buat tak tahu!
8 comments:
Hye kak...
E-karya kali ni simbolik juga...
Dalam buat-buat tak tahu,
Aku seperti menyeksa diri,
Resah gelisah meruntun perasaan,
Sekejap berkalih ke utara,
Sekejap berkalih ke selatan,
tapi aku tetap buat-buat tak tahu...'
ridby,
ada kalanya setiap daripada kita tak boleh lari dari masalah n musibah.. moga-moga terselit hikmah di sebalik semuanya ini..
Ya Allah, segeralah Kau hindari kami dari kabus jahat itu!
Kak Dewi.... :(
amat menyakitkan hati jika sesuatu yang kita inginkan itu tidak berada di pihak kita bahkan kesakitan akibat kelukaan itu bisa menjadi nanah jauh di perdu hati kita...
kak...meskipun masalah yang kita hadapi itu berbeza marilah kita sama2 berdoa pada ALLAH S.W.T semoga ketabahan itu disalurkan ke dalam tubuh kita...
bilakah ada sinar kebahagian muncul di tabir hidupku.............hanya DIA yang tahu....
buntu....................
Syukurlah ridby, semoga pedoman, taufik dan hidayah Yang Maha Esa sentiasa melindungi dirimu walau di mana saja berada!
Err.. tak usahlah ridby risau, kak ds mmg suka begini.. beremosi atas sst yg tak berkaitan secara langsung.. pelik, kan?!
itu namanya naluri yang kuat......
hmm.. mungkin?!
Post a Comment