"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

26 February 2008

Sedikit tips untuk Ridby

Entri ini DS tujukan buat Ridby, rakan KD yang sedang menulis…

Di dalam sebuah manuskrip, sekurang-kurangnya ada dua watak penting iaitu A dan B. Terpulanglah kepada penulis samada hendak menjadikannya sebagai watak protagonis (utama/pendokong) atau watak antagonis (penentang).

Sebenarnya, ada banyak gaya penulisan yang boleh dipraktikkan. Samada kita suka teknik secara langsung atau imbas semula atau bercampur-campur (sekadar menyebut beberapa jenis sahaja). Asalkan, cara kita mengolah plot itu tidak terlalu bercelaru kerana boleh membosankan pembaca.

Sekiranya kita mahu bercerita dari persepsi si A, maka kita bebas mengolahnya dari bab 1 sehingga bab akhir tanpa melibatkan si B. Namun demikian, kita juga boleh bercerita secara bebas di dalam keseluruhan manuskrip.

Di samping itu, jika mahu menulis, penulis juga perlu banyak membaca buku-buku akademik atau majalah bertujuan meningkatkan lagi pengetahuan am atau perkembangan isu-isu semasa agar manuskrip yang dihasilkan kelak mengandungi bahan ilmiah untuk dikongsi bersama pembaca.

Ridby, ilmu Kak DS sendiri masih cetek jika nak dibandingkan dengan penulis sediada. Untuk itu, Kak DS teruskan belajar melalui nota-nota yang didownload daripada laman web DBP untuk memantapkan lagi teknik penulisan dan tatabahasa.

Diharap Ridby berpuashati dengan penjelasan serba ringkas ini. Jika ada sesiapa yang ingin menambah, dipersilakanlah!

7 comments:

Fith_Nur said...

Terima kasih dengan tips yg akk beri.... Bagi sy tidak kisah kalau bertanya kepada sesiapa..tak kiralah masih cetek atau dah dalam pengalaman tu :)

Insyah-Allah kalau rezeki sy,sy akn teruskan menulis skrip dan akan mencari bahan2 yang berkaitan..

Sya sedar banyak yang perlu dipelajari untuk memantapkan penulisan....

Fith_Nur said...

Ada kemusykilan lagi..
Sekiranya saya nak ketengahkan satu watak pada awalnya watak tu namanya Carol...

Dalam manuskrip...
Wajah Carol pucat lesi seperti kehabisan darah dari seluruh tubuhnya.....

-tetapi pada pertengahan cerita saya masih ketengahkan watak Carol tapi, sesudah Carol mengubah nama kerana memeluk agama Islam. Dalam hal ini Carol mendapat nama baru Aleeya Zahirah...

Masalahnya,adakah saya perlu menggunakan nama baru iaitu Aleeya Zahirah atau masih menggunakan Carol nama lamanya dalam penulisan mss??

dS said...

Alhamdulillah, Ridby.. bersama-samalah kita kongsi ilmu yg kita ada.. hmm.. mengenai mss Ridby ni.. akak pernah baca sebuah novel dulu tapi tak ingat tajuknya. Kisahnya lebih kurang sama.. sblm n slps convert. Sebenarnya, Ridby.. nama watak mmg tak de masalah langsung bahkan, ia boleh membangkitkan unsur saspens. Pd mulanya, pembaca akan konfius sikit tapi biasalah.. akhirnya, jwpn itu akan diketahui juga, kan? Inilah yg menjadi salah satu tarikan kpd mss tersbt.. Insya-Allah!

Fith_Nur said...

Askum kak DS....
em ya kita perlu berkongsi ilmu yang kita ada..kerana semakin kita berkongsi ilmu dalam kita tidak sedar kita banyak ilmu baru yang masuk...

Kalau macam tu barulah saya faham dan akan terus menyiapkan mss ini...

Insyah-Allah kalau ada rezeki tercapailah cita untuk mengisahkan sebuah kisah klasik untuk masa depan.... :)

Mersik said...

Oooo.. begitu cara menulisnya.. isy isy.. patut la selama ni pokcik tulih asyik lost content jek kekekek.. Maklom la.. oang tak pandai.. hik hik

Mekasih DS krn sudi berkongsi.. hik hik pas ni leh aa ngeteh2 hik hik..

dS said...

Ridby, syukurlah! Usaha tangga kejayaan n jgn cpt berputus asa tau! kalau tak tahu, tanya ya!

Amboi pokcik, Dol Leman dah nak masuk siri ke3.. masih pura-pura tak pandai! Eii.. sabar ajelah! Nak ngeteh? Hehehe.. insya-Allah!

Fith_Nur said...

Oky kak... berkongsi ilmu tu penting.

Sbb sya ni sangat mentah dalam tulis-menulis tp disebbkan minat sy terus mencuba...