Misi Jelajah Johor
Malam itu, kami menikmati hidangan segar yang abg bawa balik dari Laut China Selatan. Dia pergi memancing di sebuah rakit yang dibina terapung di atas air laut. Upah perjalanan pergi balik dari jeti ke rakit sekitar RM10. Suasana air laut agak keruh disebabkan tiupan angin agak kencang biarpun cuaca panas terik. Dalam beberapa jam, dia berjaya mendapat berpuluh-puluh ekor ikan gelama dan ikan duri. Malah, dia turut berjaya memancing seekor penyu bersaiz 2' namun dilepaskan semula ke laut. Menurut pemancing yang lain, bulan 3 nanti adalah musim sotong. Kesemua ikan-ikan itu dibawanya ke sebuah warung yang terletak berdekatan jeti untuk diupah memasak (goreng) sekitar RM3 sahaja.
Hari Sabtu, selepas check-out, kami bertolak ke Muar pula kerana pada sebelah malamnya ada kenduri arwah di kampung. Setibanya di Mersing, kami mengambil arah ke Kluang dan seterusnya menuju ke Air Hitam. Dari Air Hitam, kami masuk ke laluan lebuhraya dan keluar di Plaza Tol Tangkak.
Kenduri arwah berlangsung selepas Isyak. Para jemaah masjid dan jiran tetangga datang berkunjung ke rumah mertua. Sebahagian adik-beradik, ipar duai dan anak buah juga turut balik bersempena cuti CNY kali ini.
Hari Ahad, kami pulang ke JB mengikut jalan lama. Singgah sebentar di Parit Jawa untuk menikmati menu asam pedas yang cukup popular di situ. Pelanggan datang silih berganti sesibuk warga tempatannya yang tak jemu-jemu mengerah keringat, memunggah hasil tangkapan mereka di kawasan jeti itu.
Pukul 6.30 petang barulah kami tiba di JB, gara-gara kesibukan luar biasa di Pekan Air Hitam dan lebuhraya PLUS yang rata-rata dimonopoli oleh rakyat dari negara jiran. Ada yang suka cilok-cilok di lorong paling kiri, tanpa sedar sikap mereka itu boleh menyusahkan pengguna yang lain. Namun demikian, Alhamdulillah, tour kami mengelilingi 6 daerah di negeri Johor mencapai matlamat cuma.. tak sempat singgah di 2 daerah iaitu Segamat dan Pontian! Lain kali, kot?

6 comments:
Apa nama gerai yg jual asam pedas famous kat Parit Jawa tu? erm...manela tau, kot2 kite tersesat lak kat situ ahaks!
Salam.
Lama tak ke Jay Bee. Entah bila agaknya nak ke sana lagi. Selalu menghala ke utara, menghala ke selatan jarang-jarang. Hehehe!
Ewah2 Lara, dh mcm org mengidam aje! Kekeke.. jgn mrh ek, gurau2 bawa bahagia.. wah.. mesti Lara sdg berdebar2 menanti kelahiran anak sulung yang dikandung sekian lama.. DS pun dh tak sbr tau!
Hmm.. ada byk gerai asam pedas kat situ malah kat sepanjang jalan ada diletakkan signboard, actually kalau nak compare.. asam pedas mak mertua kita 1000X lbh kaw-kaw apatah lagi lada keringnya digiling terlebih dahulu.
p/s: Lara, tentulah puji mak mertua sendiri sbb skrg ni, DS dh bleh msk sesedap dia hehehe..
Salam kembali BP, Bandaraya JB masih spt dulu.. tak byk perubahan kecuali di sepanjang Pantai Lido yg kini dah dinaikkan taraf sbg pusat rekreasi n liburan seisi keluarga. Jika hari bekerja, elakkan dr melalui Jln Skudai, Jln Perling n Lebuhraya Pasir Gudang.. jem giler! Ini disebabkan pembinaan jambatan dr pelbagai arah, jika tak biasa boleh pening kepala.. tak lama lagi, pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bukit Timbalan akan berpindah ke Nusajaya, Gelang Patah. Hahaha.. BP, dah mcm laporan trafik plak! Klau rasa2 nk turun JB tu, buatlah rombongan, ajak org2 KL semua ya! Hehehe..
Wah... ini baru betul jalan-jalan cari makan... (bukan cari makan cari nafkah. Kang ada lak yang tersalah anggap lak!). Rajin DS ngan family.
Maaf od, lmbt jwb.. penat blm abis.. pg smlm ada i'view naik gred gaji, dpt no 2nd last plak tu.. sbr ajelah! + gotong royong kemas ofis.. so.. 2-3 hr ni mmg x dpt nk update blog.. err.. klau ikutkan mmg x de mood nk gi jln od, tp demi suami tersinta.. ds pasrah!
Post a Comment