Temuduga & Ubahsuai Ofis
Dikepilkan beberapa keping potret yang sempat DS rakam sekitar tour dari Kuala Rompin ke Muar..
Lanskap semulajadi di persekitaran Seri M'sia, Rompin
Kuala Rompin
Gerai dan perusahaan kecil membuat keropok lekor di Mersing
Gerai Asam Pedas, Parit Jawa
Jeti Parit Jawa



Lamanya DS tak update blog ni.. dekat seminggu kot! Tak sempatlah.. maklum aje, minggu ni.. selepas pulang dari bercuti, DS sibuk sekali dengan sesi temuduga dan kerja-kerja mengemas ofis. Surat untuk sesi temuduga itu DS terima pada minggu lepas, sebelum cuti panjang so.. DS tak buat banyak persediaan. Setakat baca misi, objektif, polisi syarikat dan piagam pelanggan.
S & P!
S & P!
Pagi-pagi hari Selasa, DS keluarkan 'Clear File' dari dalam laci yang tak berusik pun semenjak 2 tahun lepas! Alhamdulillah, selesai aje sesi tersebut, barulah DS boleh tarik nafas dengan lega. Tak lupa, sebelum itu DS membaca ayat kursi banyak2 kali untuk menghilangkan gugup. Walaupun dah lama berkerja, namun kadangkala, hilang juga rasa keyakinan. Ditambah pula, saingannya agak sengit! Apa-apapun, DS pasrah dan redha. Jika ada rezeki, tak ke mana.. insya-Allah!
Surat perjanjian daripada KD untuk novel bertajuk, 'ANA KONDA' juga baru sempat dipos minggu ini setelah diperam lebih seminggu!
Hmm.. keadaan di ofis kini, mula tunggang langgang lantaran kerja-kerja pengubahsuaian yang begitu pesat dijalankan. Di jabatan DS sendiri, akan berpindah ke lokasi yang baru pada bulan Julai nanti. Justeru, sedikit demi sedikit kami mengemas fail-fail lama yang sekian lama tersorok di dalam bilik fail kami. Dengan kata lain, kami dah jadi macam pekerja kilang pula kerana sibuk membuka kotak, menampal, melabel dan seterusnya memunggah fail-fail ke dalamnya. Hai.. boleh tahan penatnya, sampai berpeluh-peluh! Yang seronoknya, apabila bos suruh order makanan untuk beberapa hari. Buat kerja sedikit, makan yang lebih.. hihihi!

Hari ni, baru ada sedikit masa.. RELAX! Err, mulai 1 Feb juga DS mendapat seorang bos baru, LELAKI! Hai.. tak tahulah, apa pula rentaknya nanti? Sebab bos yang lama tu, perempuan. Walaupun agak moody tapi dia amat baikhati! Sedihlah.. tapi nak buat macam mana lagi, dia dah berhajat nak bertukar ke jabatan lain.. so DS perlu bersedia dan terima apa saja kemungkinan, entah-entah, DS akan ditukarkan ke seksyen yang lain? Hmm.. harap-harap taklah!

























1 comment:
Post a Comment