Bila April
5-6 hari lagi dah tiba tarikh 1 April. Selain ia disambut sebagai hari bodoh hehe.. pada 1 April ini juga bermulalah sambutan hari air sedunia. Pelbagai acara dan pameran akan diadakan di seluruh negara.
Seperti biasa, ofis DS akan mengadakan sambutan secara besar-besaran. Kebiasaannya, SAJ akan menganjurkan temasya dan sukaneka di Hutan Bandar, JB. Ia diadakan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pelbagai programnya seperti mengindahkan alam sekitar, mencantikkan sungai dan yang penting sekali, berjimat-cermat ketika menggunakan air.
Cuba bayangkan, berapa banyak kuantiti air yang telah kita gunakan untuk setiap hari? Mandi, memasak, mencuci baju, menyiram pokok, membasuh kereta... semuanya melibatkan air! Apa akan terjadi, jika tiba-tiba.. paip air di rumah kita.. hanya mengeluarkan angin?
Justeru, gunakan air dengan bijak. Sebolehnya, kita kitar semula air yang telah digunakan untuk membasuh kereta ataupun menyiram pokok.
1 April tahun ni juga, BNM dgn kerjasama KPDNHEP memperkenalkan satu program baru iaitu 'Mekanisma Penggenapan'. Jumlah keseluruhan bil yg berakhir dgn 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kpd 5 sen terdekat manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kpd 5 sen terdekat.
Kata mereka, pelaksanaan ini akan memberikan faedah kpd banyak pihak.. hmm? Para peniaga akan dpt mengurangkan kos pengendalian. Pengguna pula akan menjadikan pembayaran mrk lbh cepat n mudah. Sementara itu, pihak kerajaan juga akan dpt menjimatkan kos pengeluaran duit syiling 1 sen apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

Dan, untuk makluman semua, duit syiling 1 sen masih sah diperlakukan sehingga arahan selanjutnya drp BNM.
























1 comment:
Post a Comment