"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

22 March 2008

Emak Mertuaku

Dalam sibuk-sibuk orang berarak mengelilingi kampung sempena sambutan Maulidurrasul, sebaliknya, DS terpaksa berkejaran di sepanjang lebuhraya JB-Muar-JB kerana emak mertua diserang angin ahmar.
.
Dalam kepala, cuma fikir nak cepat sampai aje! Siap ditahan polis trafik kerana tanpa sedar, DS memandu melebihi hadlaju! Nasib baik, dpt belas ikhsan drp mereka.. fuh, selamat!
.
Skrg, emak mertua ada di sini dan nmpk dah beransur pulih! Dia tak mahu pergi ke hospital jadi, esok lusa kami akan bawa dia berubat secara tradisional di Ayer Baloi, Pontian.

10 comments:

ManjLara said...

harap2 dia mahu tinggal di hospital sbb kemudahan perubatan lebih terjamin. kite harap ikhtiar dewi utk berubat tradisional juga akan diperkenankanNYA, amiiin.

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah. Harap-harap segera sembuh.

Tahniah kepada Pak Polisi itu. :D

syimasyawal said...

salam DS...

harap pengalaman kita juga dijadikan panduan. Pergilah buat appoiment dengan hospital Sultan Ismail. Abah kita buat terapi disitu dan syukur, tak lama lepas terapi dia dah boleh berjalan dan bersolat duduk! walaupun tangannya masih tidak boleh berfugsi dengan baik, dan kakinya juga tidak boleh berjalan tegak, tapi sekurang2nya kini dia dah boleh berjalan jauh sejauh 1 kilometer!

Moga mak mertua DS cepat sembuh!

dS said...

Terima kasih, sahabat-sahabat budiman! Dah puas kami pujuk, dia tetap berdegil. Dia tak suka tinggal di wad. Kalau boleh, dia tak mahu mengikut kami ke sini dan tinggal saja di kampung.. susah juga nak jaga hati org tua ni, apatah lagi, emak mertua! Sebolehnya, kami berusaha apa yang terdaya.. semoga Allah swt panjangkan usianya, amiiin!

syimasyawal said...

salam DS...

Abah kita tak stay kat hospitallah, kalau ada appoiment baru ler pergi..

memangpun, org yang kena sakit tu memang sensitif tau, tak boleh salah cakap sikit, ada jek yang buat dia kecik ati... mula lah cakap yang bukan2... harap banyakan bersabar, ya!

dS said...

Salam SS,

Masalahnya.. pergi hospital pun dia tak nak! Buat masa ini, kami just lumurkan dia dgn minyak tanah + halia agar dpt memanaskan tubuhnya. Subuh esok, abg bawa dia gi Ayer Baloi, berurut. Mudah-mudahan, dia segera sembuh!

Vee said...

moga mak mertua kak dewi cepat sembuh..

Mersik said...

Moga mak mertuanya sihat gitu. MOga cepat sembuh lepas berubat2 ni. Biasa lah oang tua.

Kadang2 tu mereka bukannya hendak apa2 , cuma perhatian dan kasih sayang jek..

Samalah cam oang tua yg lagi satu tu.. hu huu..

(Tengah mencari2 mertua angkat.. )

dS said...

Terima kasih Vee n Pokcik Mersik! Kekdg terfikir kpd nasib diri sendiri pabila sudah tua kelak, dlm zaman moden n canggih ni.. harap2 ada yg sudi menghulurkan perhatian n kasih sayang mereka.. insya-Allah!

dS said...
This comment has been removed by the author.