"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

01 March 2008

Feb'08 in memory

Mercutanda Bandaraya lama dan baru.. Dewan Jubli Intan dan Bangunan Jotic yang kini telah diambil alih oleh MBJB. Di sebelah kanannya, Bangunan Tabung Haji dan di sebelah kiri pula, Bangunan Mahkamah. Di sebelah belakangnya, Bukit Timbalan yang menempatkan Bangunan Sultan Ibrahim. Manakala, di seberang jalan sana adalah kawasan Taman Bunga Diraja.

Wisma Persekutuan Johor Bahru. Pelbagai pejabat kerajaan berada di bangunan ini, dari dahulu sampai sekarang cukup terkenal kerana tempat letak keretanya seringkali dibanjiri air hujan. Proton Saga lama milik famili DS pernah menjadi mangsa!

Bukit layang-layang, Pasir Gudang. Kelihatan kincir angin berada di bumbung Muzium Layang-layang. Satu lokasi yang menjadi tumpuan ramai tatkala tiba musim panas dan angin kuat. Setahun sekali, pesta layang-layang antarabangsa akan diadakan di sini. Layang-layang yang bersaiz gergasi akan ditarik dengan menggunakan jenkaut terlebih dahulu sebelum boleh naik dan terbang tinggi di ruang udara.. sungguh memukau!

Akhir sekali, gambar cenderahati ini tiada kena mengena langsung dengan gambar-gambar pemandangan di sebelah atas itu. Cuma, pemberian daripadanya telah memalit sesuatu rasa yang cukup sukar untuk ditulis secara ainiyah.. hmm?

6 comments:

ManjLara said...

memori dari Australia tu tentu sangat menarik buat Dewi :))

Fith_Nur said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fith_Nur said...

Kak...walaupun besday saya jatuh pada 14 february tapi bulan february 08 bukan bulan yang menggembirakan saya.....

dS said...

lara: benar, ia penawar di kala diri diamuk rindu!

ridby: ohh.. tak tahu pun! so.. jgn bersedih ya.. kak ds ucapkan slmt berulangtahun, semoga pjg umur, murah rezeki, kaya ilham n hari-hari mendatang kan tercapai smua impianmu!

Fith_Nur said...

terima kasih kak..... KAK DS pun ...selamat hari lahir...

sy tak tahu hari lahir akk so tak salah ke sy ucapkan awal atau lewat... :)

dS said...

hehehe.. hari lahir akak.. kalau ikut tahun hijrah.. pd tanggal 4 Syawal. err.. dh tak lama lagi.. tu!