Ungu Karmila ~ RAM
DS sdg baca Ungu Karmila!
Karya RAM kali ini benar-benar saspen n mendebarkan.. emosi DS terganggu sehingga terbawa-bawa ke alam realiti.. novel ini telah dipinjam daripada seorang rakan yg telah dibelinya secara terus.. bermakna di muka dalam tertera tandatangan novelis tersohor ini.

Sedikit pengalaman yang ingin DS kongsi di sini, sewaktu membacanya.. diri ini bagaikan terbelenggu sama dalam misteri kematian Jikon. Persoalan masih berputar-putar di Puncak Rimba, setegar-tegarnya akar bunga hutan yang menjalari Villa Sunyi. Lantas, bunga larangan pun menebari haruman beracun.. ketika Tuan Arif terbersin beberapa kali, tiba-tiba DS sendiri terbersin beberapa kali.. eiii.. sungguh pelik!
Semalam, ketika khusyuk membacanya, tv masih terbuka dan menayangkan semua rancangan berbentuk misteri. TV3- Misteri Nusantara, 8TV- Ghost, TV5- Horror Movie (tak tahu tajuknya). Last-last, DS tutup TV tapi masih sukar nak tidur. Rasa lain macam pulak! Sambung bacaan lagi sehingga ke Bab 39.. tahu2 jam sudahpun hampir ke pukul 2 pagi!
Nasib baik, dapat tidur dengan nyenyak meskipun, jantung berdetak-detak agak kuat.. hai.. persis menyertai acara marathon! Err.. selisih, simpang malaikat 44!























6 comments:
sy nak sangat beli novel ni....
pasti mendebarkan mengalahkan movie seram.....
sy nak sangat beli novel ni....
pasti mendebarkan mengalahkan movie seram.....
fith_nur @ ridby:
Secara jujurnya, pd pendapat kak DS, novel kali ini ada persamaan dgn Satu Janji so memang tak rugi beli, kerana cerita beberapa watak di dalamnya bergerak seiring. Aii.. cuma susahnya jika dh terlalu khusyuk, sampai terbawa-bawa ke alam realiti! gegege.. seram giler!!!
Rumah pada cover tu lbh kurang je mcm tempat Dlyn tu study ^_^
Apa kes ni, Nabil? Saja2 nak cipta kontroversi.. kang tak pasal2 aweks yg cun melecun tu mengamuk persis Karmila! Kekeke.. tapi bila dibelek2, mcm ada persamaannya..
Hai DS,
Rina memang peminat RAM....
Memang teh cari novel terbaru dia tapi tak jumpa lagi....ish...tak sabo lah baca....bila ek novel ni kuar...ah...nanti nak kirim dgn kak Syima lah suruh belikan masa kat pesta buku...nanti DS ingatkan dia eh!
Post a Comment