"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

28 April 2008

Sakit pun, OK? Hehe..

Salam kepada semua sahabat yang sudi berkunjung ke blog ini biarpun tiada cerita menarik yang dihidangkan.. hehehe! Bila baca tajuk salah sebuah novel inspirasi KD oleh Ustaz Shahrulazmi, Sakit pun ok? Macam pelik aje bunyinya! Sebenarnya, ada hikmah yang tersirat di sebaliknya...

Minggu lepas ds bertungkus-lumus menyemak semula fail manuskrip yang telah diedit sehingga tak bergerak-gerak dari kerusi dan pc akibatnya, ds diuji dengan satu penyakit. Subhanallah! Ds langsung tak boleh bangun berdiri dengan cepat seperti biasa, rasanya... seperti ada benda yang berat sedang bergayut di tulang belakang ini!

Astaghfirullahalazim! Barulah ds sedar, bahawa bukan mudah jika seseorang yang telah dihidapi penyakit lumpuh atau kurang upaya untuk bergerak secara normal seperti mak mertua ds itu! INSAF sesangat... Sampaikan ds terpaksa mengambil cuti kecemasan pada hari Jumaat. Pada hari Sabtu, terpaksa kuatkan semangat untuk pergi ke klinik, meminta nasihat daripada doktor. Menurut beliau, ds cuma mengalami sakit urat kerana terlalu lama duduk dan dia nasihatkan agar ds selalu berdiri dan berjalan-jalan sedangkan, ds memang tak gemar berjalan-jalan apatah lagi jika terlalu sibuk!

Selepas mengambil ubat, barulah pulih sedikit dan hari ini dahpun bertugas semula. Sebenarnya, banyak benda yang perlu diambil tindakan segera. Apatah lagi, sudah hampir closing! Kat atas meja ni, berselerak dengan surat-surat dan laporan-laporan yang perlu diberi perhatian so.. ds minta diri dahulu. Oh ya! Baru sebentar tadi, ds terima memo.. nama dah naik, 5 & 6 Mei.. kena pergi kursus pulak?! ~_~

No comments: