"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

01 May 2008

Selamat Hari Pekerja

Salam!

Seronoknya... sebab hari ini, semua pekerja dicutikan di Malaysia. Anak-anak yang bersekolah turut tercuti dengan sendirinya kerana cikgu juga bercuti pada hari ini! JAGA? Kesian, kan? Hanya pekerja yang memegang jawatan JAGA sahaja berkerja pada hari pekerja. Justeru, ds tabik spring* kat JAGA-JAGA di seluruh Malaysia.

"Terima Kasih!"

Tanpa sedar, jasa anda sungguh besar dalam arus pembangunan negara!

Juga di sini, ingin ds kongsi satu berita gembira dan ucapan TAHNIAH buat suami tercinta ds! Malam semalam, beliau telah dianugerahkan 'Sijil Perkhidmatan Cemerlang' untuk tahun 2007. Selain sijil dan wang, beliau turut menerima sepasang jam tangan! Haa... sepasang tau! Terharunya ds kerana tak sangka mendapat tempias daripada berkat usaha kecemerlangannya. Tak dapat nak menggambarkan kegembiraan ds ini...

Syukur, Alhamdulillah!

Oh ya! Bersempena hari pekerja, ds akan menyertai perhimpunan di Bukit Jalil, KL pada 3 Mei ini. Balik dari KL, ds berkursus pula di Sg. Layang, Pasir Gudang. Harap maaf jika ds tak sempat melawat blog semua kenkawan tersayang ya!

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar... Amin, Insya Allah!

No comments: