Indiana Jones
Salam,
Malam Isnin baru-baru ini, ds, suami n aiman gi tonton filem IJ siri terbaru. Penggembaraan kali ini berkaitan misteri tengkorak kristal. Yang menariknya, aktor veteran yang menerajui filem ini iaitu Harrison Ford masih kelihatan gagah dan cekap sekali beraksi biarpun, sudah agak uzur.
Siri kali ini menyaksikan kemunculan seorang pemuda yang agak bergaya meminta bantuan IJ untuk menyelamatkan ibunya yang telah diculik. Dari awal lagi, ds dah agak... pemuda itu mestilah ada kaitan dengan IJ. Jawapannya akan terungkai di hujung filem ini nanti!
Begitu juga dengan misteri tengkorak kristal yang mana, kewujudannya amatlah diragui sama sekali!
Kepada mereka yang suka siri IJ, jangan ketinggalan untuk merasai sendiri detik-detik cemas. Nescaya, anda pasti terhibur!























No comments:
Post a Comment