"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

30 May 2008

ILHAM CORNER oleh Dewi Sukma


Sinopsis:

Menampilkan sebuah keluarga...Encik Raof, Puan Zaimah dan tiga orang anaknya, Raudah, Ridzalman dan Rauzan. Mereka menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan hanya menjual sarapan pagi di warung sahaja.

Ridzalman (Ijal) suka melukis gambar alam semula jadi. Berkat dorongan keluarga dan cikgu di sekolahnya, dia berjaya memenangi hadiah cek berjumlah RM 5000.00. Dengan senang hati, dia menawarkan wang itu kepada ayahnya untuk memulakan sebuah perniagaan runcit di sebelah warung emaknya pula. Muncullah Ilham Corner!

Pelbagai peristiwa suka duka yang berlaku. Namun, semuanya tidak melemahkan semangat mereka untuk meraih kejayaan yang gemilang. Ikutilah kisah kehidupan Ijal sekeluarga dan rakan-rakan sekolahnya yang berbilang bangsa di Peserai, Batu Pahat.

No comments: