"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

14 May 2008

Kemalangan

Salam..

Semalam telah pergi dengan seribu satu cerita. Ada yang pahit, manis, ceria dan tak kurang juga yang sedih.

Seorang rakan penulis yang berasal dari Pengkalan Hulu baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya. Kelmarin, rakan penulis yang berasal dari Batu Pahat pula kehilangan bapa saudaranya yang juga merupakan salah satu watak dalam novel bersirinya, Dol Leman.

Payah pula nak terangkan satu persatu. Namun, hati ini seperti terpanggil-panggil untuk meluahkannya di ruang ini. Biarpun ia sepi tanpa pengunjung, apa yang nak dikisahkan sangat? Asalkan, ia tetap berseri-seri dengan cerita baru yang segar.

Ahh... entahlah!

Setiap kali terima berita sedih, kita pasti mengeluh. Mungkin juga, kita mulai sedar bahawa langit tak selalunya cerah. Yang hidup pastikan mati kerana hidup ini sememangnya, dijanjikan sementara. Lihatlah sahaja malapetaka yang berlaku di bumi ini! Gempa, ombak besar, air pasang dalam, ribut taufan...

Bagaimana pula dengan gejala yang sengaja ditempah oleh manusia? Individu-individu tertentu yang merasakan mereka ini sudah besar dan gagah dengan mencipta alat senjata hebat dan berkuasa sehingga berjaya menawan angkasalepas! Bukan main lagi, mereka mencabar kuasa Allah SWT.

Pagi tadi, ds terserempak dengan satu kemalangan jalan raya. Keadaan kereta putih itu sudah remuk dalam posisi terbalik di atas pembahagi jalan. Perlahan-lahan, ia diangkat dan dialihkan oleh pengguna-pengguna jalan yang lain. Boleh dikatakan semua kenderaan berhenti dan membantu mangsa itu. Namun, entah apakah nasib dirinya?

Kenderaan yang berada di barisan belakang tertanya-tanya, apakah yang terjadi? Kenderaan yang baru sampai, membunyikan hon bertalu-talu. Aduh.. tak sabar-sabar! Ds sendiri tak sampai hati nak melihat ke arah kereta yang malang itu kerana berasa gugup dan tak kuat semangat.

Itulah akibatnya jika suka menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba. Sikap pemandu terutama dari golongan muda yang gemar sungguh mengubahsuai kereta mereka dengan pelbagai aksesori. Kosnya mungkin dah sama dengan harga kereta tersebut tapi... NYAWA? Berapakah pula nilainya?

Kata orang, malang tak berbau. RM 1 JUTA pun tak mungkin dapat membayar gantirugi sebuah nyawa. Jika berlaku kemalangan, bukan setakat diri sendiri bahkan, orang yang tak berdosa turut menjadi mangsa.

Tak terfikirkah bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga si mangsa? Bukan setakat sehari dua malah di sepanjang hayatnya. Kebahagiaan mereka yang telah diragut dengan sekelip mata!

Maafkan ds jika terlanjur kata. Sama-samalah kita bermuhasabah diri agar kita sentiasa insaf.

No comments: