Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
5:26 am
Salam. Dh bgn ke?
6:44 am
Dah..ada kat kg skrg. Ayah meninggal pg tadi jam 2.
6:49 am
Astagfirullah! Btul ke ni? Innalillah.. x sangka, tetiba akak teringat nk usik2. Sabar n redha, kuatkan diri tau! Bg sokongan kpd adik2!
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Begitulah kandungan mesej yang tersimpan di dalam hp ds. Memang ds tak sangka sama sekali, niat ds sekadar untuk mengusik dia di pagi hari. Pernah juga tanne menghantar mesej yang serupa. Dan pagi ini, balasan mesejnya membuatkan ds termenung sejenak. Seolah-olah ia hanya satu gurauan...
Salam takziah buatmu sekeluarga.. tanne @ zahida zarkasi..
No comments:
Post a Comment