"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

26 June 2008

Gawat!

Salam,


Sekejap sahaja sudah menginjak ke hari Khamis, 26 Jun 2008. Bermakna hampir tiga minggu, kita menghadapi krisis peningkatan harga minyak. Macam-macam emel yang diterima, menghuraikan itu dan ini. Yang pasti, memang ada kebenarannya. Emel tersebut diedarkan berlandaskan fakta yang kukuh.


Apapun yang berlaku, tentu ada sebab-musababnya. Sebagai rakyat biasa, insan lemah lagi kerdil, DS berharap sangat agar isu ini tidak berpanjangan. Mudah-mudahan, pemimpin negara Malaysia yang tercinta ini berjaya menangani isu yang besar ini dengan bijaksana.


Seperkara lagi, DS tertarik dengan entri yang terkandung di blog Sifu KD, Pn. Aina Emir bertajuk, 'Harga Buku Akan Naik?'. Beliau mengaitkan dengan perkembangan semasa bahawa harga kertas akan dinaikkan sekitar 10% - 40%. Dalam pada itu, harga buku bakal naik mendadak, sudah tentulah golongan penulis tersenyum lebar kerana % royalti juga meningkat!


Persoalannya, adakah orang kita nak beli buku jika harganya dah terlalu mahal? Dalam keadaan gawat seperti ini, kita tiada pilihan. Buku hanyalah makanan minda jika nak dibandingkan dengan keperluan asas yang lain. Dan, bagi diri DS sendiri, bajet untuk beli buku tetap ada kerana, resitnya boleh dikemukakan untuk rebat cukai pendapatan nanti.

No comments: