"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

02 July 2008

Lawak Lagi!

Cerita 1

Bidin melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian, memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan, Bidin pun bertanya kepada Ajoi.

Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol ke dalam kopi tu?"

Ajoi: "Kopi ni panas... bagi panadol, kurang sikit panas dia.."


Cerita 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu menadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: "Ah leganya... singa baik rupanya. Selamatlah aku."

Singa: "Ya, singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."


Rawatan Kecemasan

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar.

"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!" Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya. Jelas lelaki itu belum begitu mahir.

Lalu dengan tenang wanita itu berkata. "Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."


Tak Romantik Langsung

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa? Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.
Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"


Kenapa tak ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ?" tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?"tanya gadis itu lagi.

"Tidak.." jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa," gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai?" getusnya.


Konon nak berlagak

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.

"Err..., berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.

Pelayan itu tercenggang. Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" tanya pemuda itu.

"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" kata pelayan itu.


Dialog ayam vs lembu...

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


Hazelnut bersalut coklat

Abu (nama samaran) bagitau kat tunang dier, Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek tak de dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

Hehehe!

No comments: