Trip Famili '08
Salam,
Waktu sudah dinihari, bersama letih n kantuk, ds kuatkan diri untuk mencoret sedikit di sini. Itupun, dengan secara seringkas-ringkasnya kerana hari ini, ds sudah kembali bertugas.
Alhamdulillah, perjalanan kami selamat sampai ke destinasi sungguhpun, agak terlewat. Manakan tidak, hari Sabtu lepas juga merupakan hari 'Mencari Harta Karun' anjuran institusi kewangan, Ambank dari KL ke Penang. Maka, kami terpaksa menempuh kesesakkan di lebuhraya sepanjang hampir 10km!

Sudahlah begitu, perjalanan kami tersekat sekali lagi berikutan ada kerja-kerja pembaikan di Jambatan Pulau Pinang pula. Kami chek-in di Vistana, Penang sekitar pukul 6.30 petang. Malamnya, ds sempat menghantar sms kepada Abby. Konon-konon, nak bersua muka namun, niat itu terpaksa dibatalkan gara-gara beberapa urusan peribadi yang dapat dielakkan.
Faham-faham ajelah, susah nak kawal bala tentera yang masih cilik dan nakal-nakal! Apatah lagi, mereka jarang dapat berkumpul dengan sepupu sepapat dan seperti lazimnya, kolam renanglah yang menjadi tumpuan mereka!
Keesokkan harinya, puas laa kami dok meronda satu pulau... (sepatah dua kata ikut dialek utara); Muzium Perang, Tokong Ular, Rumah P.Ramlee dan lain-lain.
.
Mak Ngah Bedah yang tinggal di Batu Maung, pelawa kami makan laksa penang dan lontong sambal daging... fuh, sedap giler! Di rumahnya, kami bertemu Mak Ndak, Pak Cik Malek, Pak Cik Napi dan anak-anaknya.
Sekembali dari Penang, kami kemudian terus bertolak ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Ini merupakan kedatangan pertama ds ke sini. Dan, ds begitu teruja tatkala merasai sendiri kedinginan awan putih menyapu dan membelai pipi ini! Hmm... rasa macam tak nak balik pulak!
Sebelum pulang ke Sg. Buloh melalui Tapah, kami singgah sebentar di beberapa tempat yang sangat menarik seperti ladang strawberi, ladang sayur dan ladang teh 'Boh' serta ladang teh 'Bharat'.
Sebelum pulang ke Sg. Buloh melalui Tapah, kami singgah sebentar di beberapa tempat yang sangat menarik seperti ladang strawberi, ladang sayur dan ladang teh 'Boh' serta ladang teh 'Bharat'.
Dari Johor Bahru ke Pulau Pinang,
Megahnya jambatan untuk ke seberang.
Singgah Semanggol melepas rindu,
Kampung Halaman tetap di kalbu.
Mi ketam Juru menjadi hidangan,
Sg Semilang dalam ingatan.
Sayup-sayup menjejak awan,
Cameron Highlands indah rupawan.

No comments:
Post a Comment