"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

30 May 2008

Kampung Halaman

Sebagaimana yang telah dirancangkan, cuti sekolah kali ini, ds sekeluarga akan bertolak ke utara tanahair. Mungkin ada yang masih tak tahu, ds ni sebenarnya berasal dari utara. Arwah emak, asal Semanggol di Perak manakala abah asal Juru di Seberang Prai.

Justeru, sebelum cuti sekolah bermula lagi, abah dah bersuara. Dia mengajak kami 4 orang adik-beradik bersama pasangan dan anak masing-masing, pulang ke kampung halamannya. Mungkin juga dia rindu kerana di situlah asal-usulnya dan tempat kelahirannya. Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... lebih baik di negeri sendiri!

Abah, anak bongsu daripada 9 orang adik-beradik, berhijrah ke Johor sewaktu negara masih diperangi komunis. Dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib di sini dan tinggal bersama abangnya (Pak Lang) yang berkhidmat sebagai Pegawai Polis Marin.

Walaupun di kampung halaman telah cukup dengan sumber rezeki; ada sawah bendang untuk menuai padi, ada bukit untuk bercucuk tanam dan juga, ada lautan untuk mengail gelama. Namun, abah nekad tinggalkan semuanya. Mungkin dah tersurat rezeki dan jodoh abah di sini kerana tak lama kemudian, sekitar tahun 70, abah berkahwin dengan anak Pegawai Polis Marin juga.

Banyak kenangan pahit manis yang ds simpan dalam memori. Salah satu sebab kenapa abah terus menetap di sini adalah disebabkan soal hak milik rumah dan tanah pusaka. Apabila abah lama tak balik menjengok, tahu-tahu, abangnya (Pak Lang) dah mendirikan rumah banglo di situ.

Pak Lang siap berpesan kepada kami, "Kalau hangpa tak mau balek pun, tak apalah!"

Ketika itu, arwah Tok ds masih hidup lagi. Mengalir air matanya melihat rumah pusaka dialihkan dari tapak asal. Akhirnya, Tok meninggal dunia dalam keadaan merana. (Perkara ini dimaklumkan oleh keluarga Pak Andak ds sendiri.)

Bukanlah kami tak balik langsung, sesekali apabila tiba cuti sekolah, kami sekeluarga akan balik dengan menaiki keretapi. Bayangkanlah dari JB ke BM, bukannya dekat! Kami terpaksa menukar tren di KL dan perjalanannya, sehari semalam! Itupun, selepas turun di BM, kami tukar 2 bas lagi sebelum tiba di simpang tiga, Jln. Sg. Semilang, Juru.

Apa-apapun, kami bersyukur, kerana Allah Maha Kaya. Biarpun tinggal merantau di selatan tanahair yang kini pesat membangun, kami berupaya hidup senang. Abah langsung tak merasai hasil dari sewaan tanah bukit di kampung! Di sini, dia mengerah kudratnya sendiri sebagai pekerja kilang. Selepas bersara, dia mula berkecimpung dalam bisnes runcit di Kpg Melayu Majidee dan alat-alat jahitan di Tmn Dahlia.

Sesekali, jika kami balik, Pak Andak dan keluarga Tok Embun yang bersusah-payah menyediakan itu-ini untuk keselesaan kami. Kadang-kadang, dapatlah sepeket dua, asam keping. (Diambil dari pokok yang ditanam di atas bukit!)

Mak Andak ds memang class! Kalau tahu kami nak balik, siaplah dia masak pelbagai jenis lauk kampung kerana Pak Andak selalu turun ke laut. Udang, ketam, sotong, kerang, ikan... segar-segar! Malah, siap dengan ulam dan sambal belacan sekali. Dan ds paling tak lupa... lauk udang masak sambalnya. Fuh, power giler!

Seronoknya jika teringat kenangan lalu di kampung halaman. Semasa kecil, ds selalu bermain di batas bendang yang berlumpur, tangkap sepat dan makan buah (tak ingat namanya). Yang kelakarnya, ketika panjat pokok jambu batu di depan rumah Tok, ds tak berani nak turun sebab di bawah ada lembu! Lepas tu, di hari yang lain, join sepupu-sepupu merayau keliling kampung.

Hai... entah macam mana rupanya kampung sekarang? Hemm?

No comments: