"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

31 July 2008

Peristiwa Israk Mikraj

Salam semua!

Alhamdulillah... semalam DS dan anak lelaki DS, Aiman menunaikan ibadah puasa. Sebenarnya, Aiman yang ingin berpuasa. Katanya, dah lama tak puasa! Lagipun, cikgu di sekolahnya ada menerangkan kepadanya berkenaan hari Israk Mikraj ini dan fadhilatnya.

Macam-macam pertanyaan yang diajukan kepada DS. Kemudian setelah didesak, DS pun menceritakan serba sedikit, kisah sejarah Nabi Muhammad saw yang telah naik ke langit dalam 1 malam sahaja. Hanya semata-mata untuk menerima perintah daripada Allah swt agar semua umat manusia mendirikan solat fardhu 5 waktu, sehari semalam. Selepas berbuka, Aiman mengajak DS berpuasa lagi pada hari ini.

Hemm... dalam sibuk-sibuk mengemas pejabat, DS cuba menahan diri daripada rasa haus dan lapar. Biarpun begitu, DS sendiri tak rasa seperti sedang berpuasa. Syukur sangat! Hehehe... kawan-kawan yang tak berpuasa pula yang mengeluh kehausan... maklum sahaja, cuaca di sini sungguh panas terik!

Petang semalam, DS ada terdengar iklan di radio. Katanya, pada 1 - 3 Ogos'08 akan diadakan sambutan Pesta Buku Malaysia di PWTC. Wah... tentu seronok dan meriah keadaannya di sana nanti! Kalau ikutkan hati, DS nak pergi tapi, apakan daya... situasi sekarang tak begitu sesuai lantaran kesibukkan 'berpindah'... hihihi! Semoga segala aturan berjalan dengan lancar.

Nota: Jangan lupa saksikan gerhana matahari yang dijangka berlaku pada pagi esok, 1 Ogos 2008 nanti, walaupun tak betul-betul tepat di Malaysia!

No comments: