Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Satu fenomena alam ciptaan Allah swt untuk semua umat memikirkan betapa agungnya Dia mengatur perjalanan setiap planet tersebut... bahkan perjalanan kehidupan kita juga...
Kiranya gerhana matahari yang baru berlaku, tidak meninggalkan huru hara kepada manusia sepertimana siri TV kegemaran ramai ini, Heroes. Sambungan bahagian kedua bakal disiarkan di TV5 Singapura pada Sabtu, 9 Ogos 2008 dan waktunya, 10 malam. Episod seterusnya akan ditayangkan pada setiap Isnin, jam 10 malam.
No comments:
Post a Comment