"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

28 August 2008

Adil

Salam dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Hemm... DS nak kongsi secebis kisah famili (masalah) di ruang blog ini. Mungkin juga, masalah ini hanya kecil sahaja bagi sesetengah orang.

Semalam Aiman bertanya, kenapa ayahnya suka bersikap pilih kasih? Jika anak perempuan meminta, akan ditunaikan sahaja tanpa sebarang kompromi sebaliknya jika dia, tak pernah pun diambil peduli. Bahkan, seringkali juga dia terpaksa mengalah dengan adik-adik perempuannya! Begitu juga jika mereka ada melakukan kesalahan, ayah tak pernah nak marah mereka!

Jangan kata Aiman, DS pun tak puas hati! Terbit juga sedikit rasa cemburu kepada perhatian yang diberikan oleh ayah mereka itu. Perkara ini sudah lama DS perhatikan namun, tak tahu macam mana nak selesaikan dengan cara yang baik. Bak kata orang lama-lama; bagaikan menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus dan tepung pula tak berselerak.
Anak-anak ini merupakan satu anugerah daripada Allah swt dan sebagai ibu bapa, kami memegang tanggung jawab untuk memberi kepada mereka didikan yang sempurna. Jika nak dibandingkan, memang ada banyak perbezaan di antara zaman dahulu dan kini. Zaman DS kecil-kecil dahulu, sebagai anak sulung, memang DS yang paling banyak mengalah. Dan, DS tak berani langsung nak suarakan rasa tak puas hati kepada abah atau emak -takut betul! Silap-silap hari bulan, dapat pulak hadiah tali pinggang!
Berbalik kepada masalah asal, DS tak sampai hati nak marah Aiman. Sebagai seorang insan, dia juga berhak untuk menyuarakan pendapatnya. DS cuma mampu memberi nasihat... tak kisahlah Aiman, janji mama tak buat macam ayah. Tak kira apa sahaja, mama akan tetap bersikap adil. Jika anak lelaki atau anak perempuan ada buat salah, semua kena hukum! (Heeheehee...)


Kemudian dia mengumam sendiri... nanti Aiman pun nak jadi macam mama! Aiman akan bersikap adil kepada anak lelaki atau anak perempuan." (Terangkat kening DS, eh, sekolah rendah pun belum habis lagi, dah fikir nak adil kepada... anak-anak? Hemm...)

No comments: