Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.



Hari Keluarga 2008 kali ini disambut dengan serba sederhana, sesuai dengan kempen jimat cermat yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan berikutan masalah inflasi.
Namun demikian, kemeriahannya tetap dirasai kerana hanya setahun sekali kami dapat berjumpa dan beramah mesra.
Apatah lagi dengan kehadiran pengacara dan pelawak jemputan, Ismail Ibrahim dan Harun Salim Bachik :) yang membuatkan semua warga kerja tak kering gusi dengan lawak jenaka mereka yang spontan belaka!
No comments:
Post a Comment