"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

21 August 2008

Baru


Salam,


Apa khabar semua hari ini? Semoga sihat dan ceria selalu di samping insan-insan tersayang. Hari ni, DS dah bertugas semula setelah bercuti selama 6 hari dari 15/08/08 - 20/08/08. Selain menghadiri majlis perkahwinan, DS menemankan anak-anak bercuti sekolah. Lagipun, kami baru sahaja berpindah rumah di Kempas Indah.


Secara kebetulan, DS juga baru berpindah ofis. Maka, kepenatan dah jadi berganda! Hai... famili DS dah besar (5 orang) jadi, barang-barang pun banyak... kain baju, buku-buku sekolah, koleksi novel dan macam-macam lagi!


Rumah teres 3 bilik kami ini sederhana sahaja dan masih belum ada banyak kelengkapan lagi. Semuanya serba ringkas untuk keperluan harian. Cuma istimewanya, di sini ada lebih banyak ruang untuk anak-anak DS kerana lokasinya di sebelah 'corner' dan berdekatan pula dengan padang permainan.


Petang-petang, kami boleh melihat pelbagai spesis burung terbang sekawan pulang ke sangkar mereka. Yang paling seronok, pada pagi Ahad lepas, hemm... DS berkesempatan melihat gerhana bulan!

No comments: