Cuti dan Aktiviti
Salam,
Pejam celik, sekejap aje dah tiba pertengahan bulan Ogos. Minggu depan sekolah ditutup selama seminggu. Kad jemputan kahwin datang macam peluru berpandu! Sabtu ni saja ada 3 undangan; sepupu (anak Pok Teh sebelah suami), jiran dan kawan seofis.
Hai... nampaknya, terpaksalah DS kirim duit aje untuk 2 jemputan yang lain sebab tak berkesempatan. Niat di hati nak merewang di rumah Pok Teh yang terletak di Taman Scientex, PG. Bukan apa, dahulu semasa DS melangsungkan majlis, famili Pok Tehlah yang banyak menolong dari bab merisik n meminang, akad nikah dan persandingan. Memang tak terbalas jasa mereka!
Semoga majlis di rumah Pok Teh berlangsung dengan jayanya, insya'Allah! DS juga ingin mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan buat semua guru, para pelajar termasuk emak dan ayah mereka, selamat bercuti sekolah! Jaga diri dan bacalah buku untuk mengisi waktu!























2 comments:
Kim salam ngan Pok Teh ya. Cakap dia.. kalu pree2 tu bley aa ngeteh2 hik hik...
Slmt bercuti sempena coti sekolah.. yihaaa
Gegege...
Pokcik, minta maaflah! Pok Teh begitu sibuk dgn salam kautnya, kalau nak gi ngeteh2 dgn kita ker, anytime!
Post a Comment