Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
Salam semua,
Dengarkanlah slot iklaneka ini di radio hotFm... lebih hangat daripada biasa!

DS dah dengar iklan ini, rasa sungguh bangga sebab KarnaDya semakin top dan dikenali ramai. Sebagai penulis, DS nak ucapkan terima kasih! Semoga usaha murni KarnaDya ini mendapat keberkatan Allah swt dan dilimpahkan rezeki. (Cukup masa, dapatlah rasa... hehehe!)
Untuk adik-adik, isilah masa cuti ini dengan membaca novel-novel keluaran KarnaDya!
No comments:
Post a Comment