"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

13 October 2008

AAC ~ Halwa Minda


Salam,


Akhirnya, dapat juga tengok cerita 'Ayat-ayat cinta' yang ditayangkan di TV3. Begitu lama nak tengok tapi tak sempat-sempat! Novelnya juga tak terbaca! Hai... apa nak jadi, entahlah! Semenjak dua menjak ni, mood membaca novel bagaikan tersekat-sekat. Kat atas meja konsul, ada novel kak mimie yang dibeli ketika pesta buku. DS dah start membaca dari sebelum bulan puasa lagi tetapi, tak habis-habis!


Berbalik semula kepada filem yang diadaptasi dari sebuah novel ini. Hmm... memang hebat! Fahri yang terkenal sebagai seorang lelaki yang kuat beragama, budiman dan baik hati dalam masa yang sama digilai ramai perawan; jirannya beragama Kristian, penulis kaya raya, anak kenalan dan si malang. Dia berada di persimpangan kerana ingin mencari jodoh yang benar-benar sesuai untuk dia meneruskan perjuangannya dalam menegakkan agama Islam.


DS paling tersentuh ketika Fahri terkurung di dalam sel. Ada seorang banduan sengaja memprovoknya dengan niat yang murni. Dia mengungkit kembali peristiwa Nabi Yusof a.s. dan Zulaikha untuk mengaitkan dengan diri Fahri sendiri yang terperangkap dalam permainan cinta yang tak terbalas.


Suratan Takdir mengatasi segalanya. Dan, Fahri memiliki kebebasannya daripada pengorbanan sebuah cinta yang agung.

4 comments:

Unknown said...

tgk movie dia dh buat nangis teresak2, klu baca novel dia lg leleh sampai kuar hingus bagai. hehehe.

Dlm movie jalan ceta dia dh x sama dgn dlm novel. lain feelnya tp tetap menyengat.

dS said...

hmm... betul juga cuma buat masa ini, mood membaca novel dah hilang entah pergi ke mana! jika karya ini tidak difilemkan (dwi bahasa), tentu lebih rugi sbb ia boleh ditonton oleh semua golongan masyarakat malah di seluruh dunia!

Vee said...

Lain pula perasaan Vee tengok filem ni.. rasa 'kurang' sket.. mungkin terasa keperibadian Fahri dalam filem tidak sehebat apa yang diceritakan dalam novel..

dS said...

vee > agak mudah untuk melakarkan sesuatu yang bersifat agak subjektif dalam sesebuah karya namun sukar untuk mencari pelakon yang benar2 sesuai mendukung watak yang dicipta itu dari segi lahiriah apatah lagi dalam dunia realiti.