"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

22 October 2008

Cerita Terkini

Salam,

Buat beberapa hari ini, DS sibuk sekali dengan beberapa tugasan yang memerlukan perhatian dan dateline. Namun, masih mampu menyambut mesra kunjungan rakan penulis, Syima Syawal sekeluarga.

Malam Sabtu yang lalu juga telah berlangsung satu majlis penutup marhaban di kawasan taman perumahan DS. Paling menarik kerana rumah DS dipilih sebagai tempat untuk semua ahli kumpulan itu menjamu selera. Meriah sekali. DS ambil kesempatan itu untuk berkenalan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Minggu ini, ofis DS mengadakan sambutan aidil fitri. Pelbagai juadah yang disediakan iaitu mi rebus, mi bandung muar, nasi briyani, kacang pol, ketupat lemang, sate dan kambing golek. Kenyang betul, sampai penuh perut ni!

Pagi ini, DS menerima kejutan tatkala membuka laman blog penerbit Fajar Pakeer. Gambar kulit novel dewasa telah pun dipaparkan di situ! Nampaknya, sahlah DS bergelar penulis FP dengan nama pena yang lain, Dinaz Salsabila. Nama yang terhasil daripada gabungan nama suami dan nama sebenar DS. Alhamdulillah, syukur kepada nikmat Tuhan yang tak putus-putus banyaknya! Kata orang, dah rezeki anak-anak. Semua usaha dan kerja DS untuk mereka juga, kan?

Jika nak tahu, telah lama karya ini DS usahakan dan pernah dipaparkan di blog ini. Setelah siap, DS tak yakin nak hantar ke syarikat penerbitan. Mungkin juga DS sedar, bidang penulisan ini hanyalah sebagai hobi di masa lapang. Apatah lagi ia bertemakan CINTA. Ada sesetengah pihak @ pengkritik telah melabelkan novel cinta sebagai karya picisan!?!

Siapa yang tak berasa sedih dan kecewa? Kenyataan itu benar-benar memberikan kesan yang amat mendalam kepada DS. Sebetulnya, DS gusar jika karya DS dikritik. Namun demikian DS sedar, tanpa kritikan, DS tak akan menjadi penulis yang baik. Sehingga ke saat ini, DS masih belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Dan, berharap karya ini boleh diterima oleh semua pembaca.

Sesungguhnya, DS hanya insan biasa yang punya banyak kekurangan dan, kesempurnaan itu milik Allah S.W.T. jua!

Insya-Allah, novel Mekar Kelopak Cinta ini bakal menemui semua pada hujung tahun nanti. Harap dapat bersabar. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hantar ke emel khas ini, Dinaz Salsabila. Terima kasih!


Detik masa seakan terpaku, bila cinta datang bertamu

8 comments:

Cetusan said...

salam saya berTAMU..lelama jatuh magnet

dS said...

zeqzeq > waalaikumusalam. silakan bertamu, malah sgt dialu-alukan. terima kasih!

Unknown said...

Karya cinta bukan karya picisan... tetapi bergantung kepada jenis karya cinta yang dipersembahkan... Itu yang dimaksudkan oleh pengkritik-pengkritik... Kalau tidak, kenapa William Shakespeare menulis Romeo & Julietnya, tetapi karya itu tetap disanjung dan diangkat sebagai karya cinta agung? Begitu juga dengan Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang yang hebat dengan Uda dan Daranya... -fheng fheng-

dS said...

Jewel @ Fheng > Terima kasih sebab sudi membaca luahan DS ini. Mungkin juga ia terjadi berpunca daripada jiwa DS sendiri yang mudah benar tersentuh. Justeru, DS selalu tanamkan dalam diri, agar tabah dan sedar diri, penerimaan seseorang memang tidak sama. Lazimnya, kita menganalisis sesuatu perkara itu mengikut tahap pemikiran masing-masing. Picisan macam mana pun sesebuah karya itu, syukurlah kerana ia merupakan anugerah Tuhan kepada pengkarya itu.

* DS suka tengok cerita Romeo & Juliet versi filem, sungguh mengasyikkan cinta mereka cuma agak bosan bila ada unsur mistik/magik digunakan (tonik hikmat) untuk membolehkan orang mati hidup semula, hmm?

Cetusan said...

picisan tu mender mcm? sama dgn Goreng pisang tak, panzzz

dS said...

zeqzeq > picis/picisan=merujuk kpd kamus indonesia sama ertinya, murah/murahan. kiranya tidak berharga. jika ia sebuah karya picisan akan membawa maksud bahan bacaan yang tidak berfaedah, hambar, tiada ilmu, kosong. hrp maklum, wallahualam bisawab. tk.

*pisang goreng nak buat apa?! zeqzeq ni suka gi ngeteh2 kat warung ek.

ManjLara said...

tahniah! dinaz salsabila...sedap nama tuh :) ni citer atma tu ke? ke citer lain ek? apa pun tahniah!

dS said...

manjlara > amboi, dia datang dgn lenggang-lenggoknya... terima kasih, hmm... nama itu ada membawa maksud yg sedap juga.

Yup, 1 tekaan yg sgt tepat! ATMA sdh diolah sehabis baik n diberi tajuk yg lebih segar, sesuai utk menangkap perhatian para pembaca remaja kita.