Panggil Aku Dahlia ~ Ulasan/Promosi
Ulasan :
DS dah selesai baca novel ini dalam masa 2 hari 1 malam sahaja! Tak puas baca sekali, rasanya nak ulang lagi. Kak Su mengolah kisah hidup Putri Dahlia dan Wadi Hannan dengan baik dan tentunya menarik. Juga diselitkan kisah nakal mereka ketika bersekolah. Dengki khianat yang akhirnya menjadi penyebab kepada tragedi berdarah. Dagu Dahlia cedera dan meninggalkan parut besar! Wadi rasa bersalah kerana Dahlia hanya mendiamkan diri sehingga tiba-tiba berhijrah ke Australia. Juga setelah pemergian nay Dahlia secara mengejut.
Walaupun Kak Su menggambarkan wajah Dahlia tidak cantik, hitam dan rendah namun, ada sesuatu yang memaut hati Wadi kepadanya. Sehingga dia sanggup dihalau oleh ayahnya yang kaya-raya dan mempunyai empayar besar di Tanah Rata. Mereka bertunang secara ringkas.
Pada mulanya, DS ingat Dahlia-Wadi akan terus bernikah selepas masalah keluarga Dahlia selesai. Tapi... Wadi hanya mendiamkan diri dan tak mahu membincangkan hal penting itu selagi ayahnya masih hidup. Gara-gara sikap 'binatang' ayahnya terhadap dot-dot-dot. (Tak sedaplah nak cerita banyak-banyak kat sini nanti hilang suspens! Satu lagi tips, tak boleh baca lompat-lompat sebab kat antara bab tu nanti ada diselitkan jawapan kepada punca sebenar kematian nay Dahlia. )
Cepat-cepat dapatkan novel Kak Su ini sebelum habis!

Promosi :
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!
Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
* * *
Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!























2 comments:
Salam Kak
Best cerita ni kan? kena beli ni, beli jgn tak beli...hehehe
W'salam Cik Salbie, semestinya best dan tak rugi melabur sedikit wang utk memiliki sebuah karya sebegini rupa... cehhh... kak su sure hepi sokmo sbb DS dah jadi promoter tak de gaji pulak!
Post a Comment