"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

30 October 2008

?!? ...seusai Syawal

Salam,


Kali ini DS benar2 binggung nak letak tajuk apa kat atas tu. Mungkin juga disebabkan posisi IQ yg agak lemah berikutan diserang virus selsema. Hari ni dah mula batuk-batuk disertai tubuh yang dedar. Mata pun dah kuyu semacam. Kalau tak kuatkan diri, boleh rebah ke lantai rasanya!


Syawal telah usai tanpa disedari. Begitu lekanya kita dengan segala urusan duniawi, kan? Namun syukur alhamdulillah, dalam kesibukkan itu sempat juga berpuasa 6. Dalam seminggu dapatlah buat 3 hari secara berselang-selang sebab ada majlis jamuan raya. Kawan-kawan seofis sibuk tanya, bila DS nak buat 'open house'. Maklum aje, dah duduk rumah baru. Mereka teringin nak tengok rumah baru DS tu yang tak ada apa-apa tu! Oleh kerana terlalu sibuk dengan tugasan menyemak mss, sampai habis Syawal pun DS tak dapat nak tunaikan permintaan mereka.


Sekarang ni bila dah ada masa lapang, DS pulak tak sihat! Alahai...


Semalam kawan DS bagi novel terbaru Kak Su yang bertajuk 'Panggil Aku Dahlia'. Sebenarnya, DS minta dia orderkan terus di laman web JS. Gembira sangat sebab dah lama tak baca karya Kak Su... macam kemaruk pulak! Daripada pembacaan awal, DS dapati Kak Su masih mengekalkan gaya penulisan yang sama. Bab-bab awal, kita akan diceritakan dengan sejarah keluarga watak-watak utama yang begitu terperinci sehingga kita juga seakan-akan turut mengenalinya. Tentang agamanya, bangsanya, bahasanya, budayanya. Serba-serbi ada, cukup dan padat.


Hmm... DS tak boleh nak komen lebih lanjut, kena tunggu sehingga habis dahulu ya! Hehehe...

No comments: