2009
Salam 2009!
Semalam, bungkusan yang ditunggu-tunggu tiba jua. Sungguh teruja sehingga timbul idea giler-giler. Apalagi... snap gambar 10 buah novel MKC yang disusun dalam pelbagai bentuk.

Sebetulnya, sudah lama teringin nak buat macam tu sebab tengok di blog rakan penulis FP seperti Marwati, Sofieza dan sebagainya. Terselit juga rasa cemburu namun taklah sampai membawa kepada hasad dengki. Sekadar teringin sahaja.
Sebagai penulis, tentu sahaja akan berasa kagum dan bangga dengan karya yang dihasilkan. Malah boleh dianggap sebagai satu pengiktirafan atau pun pingat iaitu sebuah lambang kejayaan bagi seseorang penulis.
Harap-harap DS tak dicop syok sendiri pula... hehehe!

Namun begitu, kejayaan ini tak mungkin terhasil tanpa mendapat dorongan daripada orang lain terutama mereka yang sentiasa berada di samping DS baik di alam realiti mahu pun di alam maya.
Terima kasih banyak-banyak, semoga budi baik anda semua dibalas dengan seribu ganjaran lagi oleh Yang Maha Kaya. Amin!
























5 comments:
salam maal hijrah dan tahun baru kak DS! semoga apa2 yg di hajat tercapai!
waaahh! terujanya nengok buku akk tu..hehe
salam kembali, ari. terima kasih banyak atas doamu, marilah kita bersama-sama kongsi perasaan 'teruja' ini!
amboi byk nyer nvl...hmm bilalah sebiji nak sampai sini..hehe
erk!? berhajat ke? ~_~ gegege!
jgn takut, kak ds dh letak nama zz dlm list. maklum aje, zz kan 'editor' tak rasmi utk novel MKC ni... Thx a lot for everything!
wow, bestnya!!! x sbr ku menanti..
Post a Comment