Bangun, cepat siap pergi ke sekolah!
Salam.
Mungkin itulah, ayat yang akan bergema seawal pagi nanti. Fuh, sekejap sahaja cuti sekolah hujung tahun dah habis! Esok, semua pelajar akan mula bersekolah. Bagi murid tahun satu, tentu ada banyak ragam mereka. Diharap para guru dapat tanam sifat sabar banyak-banyak dalam melayani kerenah mereka nanti.
Aiman (12), Afifah (10) dan Insyirah (5) akan bersekolah di sesi pagi. Tak tahulah macam mana cuaca pada esok pagi? Minta-minta biarlah cerah. Sebab apa, jika hujan tentulah agak sukar hendak ke sana ke mari menguruskan pendaftaran kelas, pembayaran yuran dan sebagainya.
Setelah diconggak-conggak, kos perbelanjaan persekolahan untuk ketiga-tiganya mencecah juga ke angka RM2 ribu. Sedangkan sekolah tadika sahaja dah kenakan caj sebanyak RM500! Hai... mujurlah cik abang ada bonus, jika tak, terpaksalah ikat perut dua-tiga bulan ni!
Dengar cerita, banjir berlaku di kawasan pantai timur. Tentu sahaja, tugas para guru menjadi dua kali ganda. Diharap semua pelajar dapat berhati-hati ketika mengharungi air banjir. Kata orang, malang tak berbau. Buku, beg dan pakaian anda masih serba baru jadi, kalau dah masuk ke dalam parit, kan susah!
Akhbar Metro hari ni memaparkan isu pelajar yang terjebak dalam aktiviti terlarang. Justeru, berhati-hati sewaktu memilih kawan. Ingatlah selalu kepada keluarga kita di rumah. Jaga maruah, fahami Rukun Iman dan amalkan Rukun Islam. Semoga kita dan ahli keluarga kita selamat dari tipu daya iblis.
Okey, selamat pergi ke sekolah!























No comments:
Post a Comment