"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

05 February 2009

1 6 5 ~ Muhasabah Diri

Salam.

Tempohari abang mengikuti kursus 'The ESQ Way 165'. Sebagai alumni, DS turut berada di dewan kursus sepanjang 3 hari itu. Tujuan DS untuk refresh segala ilmu yang ada. Biasalah... kan, apabila dah lama-lama tu... lupa lalu hilang dan kembali ke tabiat/sifat yang lama. Astaghfirullahal-azim!
Kursus ini memang best. Selain pengisian yang benar-benar menyentuh hati nurani, ia turut diselitkan dengan beberapa games yang ternyata memeriahkan suasana. Di antaranya, games 'F1' dan abang DS telah berjaya menjuarai games tersebut. Hadiahnya, sebuah piala dan Mr. Zero, anak patung yang menjadi ikon untuk kursus ini.

Kepada sesiapa yang belum pernah mendengar tentang ESQ, kalian boleh luangkan masa dengan menjenguk laman http://www.esqway165.com/ atau masuk ke laman youtube dan search perkataan 'ESQ165'. Terdapat banyak video klip yang dimuatturun di situ tentang ESQ malah ada beberapa wawancara yang boleh ditatap.

Program ini telah dipelopori oleh seorang warga Indonesia yang bernama Dr. Ary Ginanjar Agustian atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ary. Beliau ialah seorang penulis buku bestseller. Malah di sepanjang kursus ini, kita akan turut mengenali lagu bertajuk 'Demi Matahari' yang diterjemahkan dari kitab Al-Quran, surah As-Syams.

Potret sebahagian alumni bersama tenaga pengajar; Pak Andy dan 2 orang kuatnya.

Mr. Zero, hadiah paling bermakna.

Insya-Allah, mudah-mudahan dengan sedikit info yang DS sampaikan ini akan berjaya menarik minat kawan-kawan semua.

No comments: