Cerita Minggu Lalu
Salam kepada semua pengunjung blog ini dan minta maaf sekiranya DS menghampakan perasaan kalian kerana sudah lama tiada cerita terbaru yang dipaparkan di sini.
Hmm... sepanjang minggu lalu, DS bercuti panjang. Jika mengikut rancangan asal, DS dan famili mahu balik ke Muar untuk menziarahi mak mertua yang makin uzur (baru jatuh di bilik air) dan kakak ipar yang tinggal di kampung yang tak berapa sihat akibat menghidapi virus chikungunyah. Macam-macam dugaan, bertimpa-timpa datang melanda famili abang!
Tup-tup, rancangan kami tak menjadi kerana abang ipar telah menjemput mak mertua datang ke sini. Sebenarnya, abang ipar dah suruh seseorang (wak) untuk mengurutnya. Wak itu hanya mahu pergi mengurut orang di kawasan yang dekat-dekat aje. Bahkan dia siap berpesan agar kami tidak memberitahu kepada orang lain tentang kepandaiannya itu.
Selepas urut, mak mertua sempat pergi ke rumah adiknya di PG dan tidur satu malam di rumah kami sebelum pulang ke kampung. Biasalah, orang tua... dia lebih suka tinggal di rumahnya sendiri. Dalam minggu yang sama juga abang ipar menghantarnya kerana cik abang DS kena berkursus selama 3 hari mulai Jumaat-Ahad.
Nasib baiklah, adik-beradik abang yang lain selalu menjenguk-jenguk walau pun hanya seminggu atau sebulan sekali kerana masing-masing tinggal berjauhan dari kampung. Ditambah lagi dengan masalah anak-anak yang masih bersekolah.
Minggu ni, ada cuti ganti pada hari Isnin dan insya-Allah, kami sekeluarga akan pulang ke Muar. Semoga Allah swt memberi kesihatan yang baik dan kelapangan dalam segala urusan buat mak mertua dan kakak ipar DS, Amin!























2 comments:
Kim salam kat wak urut tu. Ada masa bley ngeteh2 hik hik
Mersik>
minta maaflah pokcik! Susahlah nk kim slm... sbb apa, nnt dia tahu, DS dh cerita kat smua org psl diri dia... kan?! klau nk gi ngeteh2 ke... ajak DS jer!
Post a Comment