"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

13 March 2009

Sana-Sini Sepintas Lalu

Kawan baik, orang kuat majlis sambutan ini
Makan setalam, teringat zaman budak-budak dulu...


Geng seofis yang pantang nampak kamera, klik!


Salam semua. Baru hari ini DS sempat menarik nafas lega, duduk menyandar sambil mengemaskini N3. Banyak perkara yang berlaku di sana-sini namun, terpaksa dipadatkan dengan seringkas yang mungkin.

Isnin lepas cuti. DS dan anak-anak duduk aje di rumah menonton TV. Ayah mereka pulak bertugas kerana ada tugas di bandar. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, siap ribut bagai! Sekejap aje, seluruh kawasan yang rendah dinaiki air. Gerun juga dibuatnya kerana sudah lama tidak hujan. Maklumlah, negeri selatan tanah air ini pernah dikejutkan dengan tragedi banjir besar hujung tahun tiga tahun lepas.

Menurut abang, banjir telah berlaku di kawasan bandar terutama di Wisma Persekutuan. Kelam-kabut juga sebab tugasnya memantau dewan yang ketika itu disewa oleh orang awam untuk sebuah majlis perkahwinan. Dia sendiri terpaksa melarikan kereta ke bangunan tabung haji yang sememangnya lebih tinggi. Mujurlah cuaca mula beransur pulih sebelum maghrib. Nampaknya, sebahagian warga bandaraya terpaksa tidur dalam kemalapan malam bersama tilam yang kebasahan...

Naik kerja, kecoh semuanya bercerita mengenai kejadian ribut. Ada penduduk kampung yang terpaksa menelefon Bomba kerana terperangkap dalam banjir.

Sebentar tadi, usai sudah sebuah majlis sambutan mauludirrasul di ofis DS. Setiap kali tiba hari bersejarah ini, sudah pasti tokoh-tokoh agama laris bagaikan bintang idola! Sesekali terasa segar kembali apabila telinga ini disuapkan dengan ceramah agama. Ceramah yang disampaikan oleh ustaz jemputan dari Bank Islam sungguh menarik.

Beliau mengingatkan kepada kami mengenai tarikh lahir ini juga merupakan tarikh kematian Nabi Muhammad SAW. Malang sekali, tiada siapa pun yang menyambut ulang tahun kematian nabi atau mengingati kembali bagaimana gusarnya jiwa nabi ketika mahu wafat. Hmm... benar juga!

Seterusnya, beliau juga mengaitkan kisah Nabi Ibrahim dan generasi yang terbentuk sehingga timbulnya Bani Israel. Di situlah kaitannya Yahudi - Zionis yang mana, ramai orang tersalah anggap dan menyalahkan Yahudi sedangkan tak semua Yahudi itu termasuk di dalam regim Zionis yang begitu gah dengan kezaliman yang terlampau, fuh!

Aik, macam mana ni? Ingatkan nak tulis pendek aje tapi dah jadi panjang berjela-jela pulak! Gegege... tengoklah gambar yang sempat dirakam pada hari ini bersama-sama kawan seofis DS tu...

P/S: INI BERITA YANG BARU DS TERIMA... PANAS! PANAS! PANAS!

Surat kenaikan pangkat ke jawatan kanan... Syukur, Alhamdulillah atas doa kalian semua!

2 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Tahniah!!
Mmg best makan setalam. Kami sekeluarga pun masih amalkannya, walaupun bukanlah setiap hari!

dS said...

Terima kasih, kak nik. Itulah sebabnya, mengapa amalan makan setalam wajar dijadikan budaya dalam kehidupan kita semua. Dari situ akan timbul kemesraan dan pasti kita akan terkenang kepada mereka yang tidak bernasib baik.