"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

17 March 2009

ESQ Teens




Salam.

Pagi!!! Ucapan itu sudah biasa bagi alumni ESQway165. Semalam dan hari ini, anak bujang DS, Aiman mengikuti kursus ESQ Teens. Tengoklah gayanya sewaktu bersiap awal pagi tadi, begitu semangat dan berkobar-kobar!

Petang semalam ketika DS menjemputnya, wajahnya sayu aje... seperti ada sedikit kelainan pada dirinya.

"Macam mana?" DS menyapanya usai berdakapan.

"Best!" jawabnya.

"Apakah yang Aiman dapat rasakan?"

"Mula-mula terkejut kemudian rasa sedih... blablabla..."

Macam-macam perkara yang turut disentuhnya di sepanjang perjalanan pulang. Syukur alhamdulillah, dia telah berjaya masuk ke alam bawah sedarnya.

No comments: