"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

25 March 2009

Teknologi di Hujung Jari

Salam. Petang semalam DS ke Hotel Selesa, JB, mengikuti training yang dianjurkan oleh sebuah bank tempatan yang terkenal dengan Sijil Simpanan Premium. Mereka ingin memperkenalkan satu lagi perkhidmatan terkini iaitu SMS.
Dengan adanya channel ini, para pelanggan lebih mudah membuat transaksi pembayaran bil utiliti masing-masing. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa tanpa perlu beratur panjang dan berebut-rebut 'parking lot'!
Hmm... nampaknya teknologi begitu mempengaruhi dalam kehidupan kita pada hari ini.
Ilmu IT dah lama berada di hujung jari seperti alat telekomunikasi atau digelar fonsel oleh warga seberang namun, jika tak pandai explore... jangan haraplah segala ilmu itu nak datang dengan sendirinya.
Sebenarnya bukan DS nak mengata orang lain tapi... tak lain dan tak bukan untuk diri sendiri ni haa, pakai je fonsel yang canggih! Baru beberapa hari DS tersedar bahawa DS boleh mengedit gambar-gambar ni... tak ke rugi? Alahai... ketinggalan zaman betul!

(gambar sekadar contoh aje, tak ada maksud apa-apa tau!)

No comments: