"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

23 March 2009

Anak Manja

Salam.

Sekolah di Johor dibuka semula pada pagi ini setelah bercuti selama seminggu. Anak bongsu DS paling liat nak bangun padahal jam hampir pukul 7.45 pagi! Aduhai... DS hampir hilang sabar melihat keletahnya di bilik air. Sempat pulak dia berangan-angan lagi tu! Nyaris-nyaris juga tubuhnya kena sebat. Baru aje ditengking, dia dah melalak-lalak sehabis suara. Merajuklah konon. Hisy, minta-minta janganlah ada jiran yang buat laporan. MALU tu!

Itulah akibatnya jika anak bongsu dimanjakan sangat. Mentang-mentanglah dia yang paling kecil, minta aje semuanya pasti dapat. Apa yang DS perasan, dia tak suka jika kita meninggikan suara sebaliknya dia akan ikut arahan jika kita memujuk dengan suara lembut atau dalam kata lain, mengampu! Hai... macam-macam, kan?

Nak mendidik anak ni bukannya mudah, proses ni akan sentiasa berjalan sehingga dia meningkat dewasa dan ternyata sangat mencabar. DS sendiri adakalanya pasti terkenang kembali kepada kata-kata arwah mak, haa... bila kau dah berkahwin dan ada anak nanti, rasalah sendiri macam mana susahnya! Maklum aje, DS ni pun tak kurang juga nakalnya... selalu aje menyakat arwah mak dan tak sedar, perbuatan itu boleh menyakitkan hatinya. Hmm... sedihlah, rindu sangat kat arwah mak!

Sabtu dan Ahad lepas, Aiman pergi berkursus di Tiram Indah Village. Dia tidur satu malam di sana. Kesian... banyak nyamuk, rungutnya. Balik rumah je, dia minta DS urut bahunya sebab terseliuh semasa mengikuti satu aktiviti luar. Minggu ni, Aiman ada peperiksaan percubaan pertama UPSR. Harap-harap dia boleh menjawab semua soalan tersebut dengan mudahnya... Amin!

2 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ds.. memanglar anak yang paling kecik ni mengada-ngada hehe. anak akak yang kecik pun dah masuk tadika. tapi pagi2 kena dukung lagi ke bilik air...

dS said...

Kak Nik > W'salam. Mak aii, larat ke sampai hari2 nak berdukung? Tak payah gi slimworld! Anak bongsu DS ni ada mood tau. Kdg2 tak perlu disuruh, dia dh pun bersiap... kdg2 buat dek je peluk bantal busuk dia... eii sabar ajelah!