"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

10 April 2009

Mengatur Perjalanan


Salam. Hujung minggu depan, pesta buku peringkat antarabangsa akan bermula. Tahun ni, DS dah pakat dengan cik abang. Entah kenapa, tiba-tiba dia nak ikut pulak. Err... mungkin dia risaukan DS ni! Maklumlah, DS memang pantang dapat lampu hijau, panjang aje langkahnya... hehehe.

Biasalah, kalau nak pergi berjalan jauh, kenalah tengok beberapa perkara... seperti tempat tinggal dan jenis pengangkutan yang akan diambil. DS dan cik abang akan chek-in di hotel Swiss Inn, Jalan Sultan selama 3 hari/2 malam. Setelah difikir dari pelbagai segi, kami akan menaiki bas sahaja memandangkan di sana agak susah nak parking kereta.

Apatah lagi, zaman gawat macam ni... kalau boleh, kita berhemah dalam mengaturkan perbelanjaan. Jimat-cermat dan yang paling penting, ingat sebelum terkena! Falsafah yang patut dipegang jika mahu jadi warga kota metropolitan.

Bukannya DS tak pernah tinggal di ibukota, 2 tahun! Lebih tepat lagi di Kampung Baru. Di tengah-tengah kawasan segitiga emas yang padat berceracak dengan hutan batu. Walau pun cuma 2 tahun, rasa terseksa sangat... dalam kepala ni asyik teringat dekat keluarga aje. Tak tahulah kenapa, sebab ada juga rakan-rakan DS yang lebih gemar tinggal di situ?

Baru-baru ni, DS berbual dengan seorang budak praktikal di ofis ni. Dia dah biasa turun-naik ke KL sementelah pakwenya memang tinggal di sana. Macam-macamlah yang dia kongsikan... tentang perkhidmatan bas, tren dan lain-lain.

Dia siap memberikan amaran, sekarang ni kena elakkan berada di H.Puduraya pada waktu 9 malam ke atas. Dan, lagi satu jangan terlalu mudah percayakan orang lain yang tak dikenali. Terutama jika orang berkenaan mahu kita tolong tengok atau jaga begnya kerana mungkin juga, orang tersebut ialah penjenayah yang sedang cuba mencari mangsa yang boleh dijadikan tempat untuk dia menggelakkan diri daripada tertangkap oleh pihak berkuasa! Jadi, AWAS!

Okeylah setakat itu sahaja cerita DS. Nampaknya, tiada entri lain yang akan DS tulis dalam masa terdekat ini. Namun, jangan bimbang... DS akan cuba membalas segala mesej yang masuk ke CBOX... insya-Allah! DS akan berada di booth-booth penerbit buku tersohor dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya pada petang Jumaat dan Sabtu. Pada hari Ahad pula, DS dijadualkan bertugas di booth FP sehingga jam 5 petang.

Tegurlah DS seandainya bertemu nanti. Manalah tahu, mungkin anda bernasib baik dan akan menerima sesuatu yang istimewa daripada DS!

5 comments:

Unknown said...

Salam DS...
Cik abang awak tu nak tengok sendiri bagaimana isterinya yang bergelar penulis dikerumuni peminat. Mesti dia berbangga. Sebab tulah dia nak ikut tu. Hotel tu memang bagus dan dekat dengan PWTC ke?

Mersik said...

Betul tu. Beringat sebelum kena.

Semoga perjalanannya dilindungi selalu olehNYA dan selamat sentiasa.

dS said...

OD > W'salam wr. wb. Mungkin juga, cuma rasanya bg DS sendiri, lbh afdal jika dia ada di sisi agar segala urusan mendpt keredhaan Allah swt. Soal bangga tu, tak taulah nak kata apa? Err... cik abang DS ni mmg selamba je, jenis yg tak kisah... hehe! OD, hotel ni w'pun tak dkt tp taklah jauh sgt cuma, tak nmpk je sbb dh dilindungi bgn2 pencakar langit yg lain.

Mersik > Insya-Allah, smoga termakbul doa pokcik tu!

Unknown said...

ehem... istimewa? apakah itu? sah sy tegur sb nak benda istimewa. wahaha...

dS said...

Bikash > Ehem-ehem... mestilah istimewa tapi awas, 'jangan tegur' sebarang tegur! hiiiiii... hiiiiii... hiiiiii...