"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

06 April 2009

Tag oleh Sarnia Yahya dan Umaira Dzul Widad

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
~dEw!$ukma~d!Naz$alsabila~
dewi sukma - Nama gelaran atau lebih tepat lagi nama jolokan oleh rakan-rakan sekelas DS. Semasa di sekolah, DS tak bertudung dan hanya suka menyanggul rambut persis Dewi Sukma; satu watak untuk sebuah sinetron Indonesia. Kini, sudah jadi nama pena DS dan terpapar secara rasminya di dada majalah sekitar awal 90an.
dinaz salsabila - Nama pena DS untuk novel dewasa. Tercantum dari nama sebenar DS dan Cik Abang digabungkan pula bersama Salsabila yang agak unik sebutannya membawa maksud, mata air di Syurga.
.
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakan seperti itu?
mydewisukma ~Pada mulanya, DS nak letak nama 'dewisukma' aje namun, telah pun diambil oleh orang lain yang berasal dari negara seberang. Setelah puas berfikir, DS menambah huruf 'm' dan 'y' agar terbentuk 'my' yang membawa maksud negara Malaysia seperti di belakang setiap link rasmi negara.
.
3) Apakah method dalam penulisan blog anda?
Cara yang santai dalam menyampaikan kisah-kisah di dunia realiti, famili, e-mel memori, promosi novel serta nukilan beberapa karya selain beberapa keping gambar peribadi.
.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?
Tak pernah pulak!
.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda?
Blog Sarnia dan Umaira, kedua-duanya pandai memilih layout yang sesuai, menarik dan tampak segar.
.
6) Senaraikan calon yang akan di tag,
- Tanne @ ZZ
- Salbie S
- Syima Syawal
- Opah De
- Pokcik Mersik

No comments: