Giler Siri TV... Tension!
Salam. Mula-mula nak minta maaf sebab dah lama tak kemaskini blog. Bukan malas tau! DS tak sempatlah lantaran sibuk dengan tugasan.
Ada terlalu banyak benda yang nak dikongsi di sini tapi DS terpaksa mendisplinkan diri. Maklum aje, jika nak melayan blog memang tak cukup 24 jam satu hari! Apatah lagi jika di pejabat, DS terpaksa mencuri-curi masa.
Jika di rumah, line dah pasang untuk akses ke internet tapi biasalah... DS sibuk melayan kerenah anak-anak. Program di TV pulak sedap-sedap belaka terutamanya di 8TV seperti NCIS, Prison Break (PB), Desperate Housewives, Ugly Betty dll.
Rasanya selepas ini, boleh releks sikit sebab PB baru aje tamat season 4, best jugak endingnya cuma rasa terharu sangat bila si hero, ehem-ehem... M.Sc0lfield (Wentw0rth M!ller) mati akibat sakit tumor otak.
Hmm... tak tahulah, apa agaknya program yang akan diganti? Tension! Tension!























No comments:
Post a Comment