"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

03 July 2009

TAG oleh Romibaiduri

Terima kasih, Shahaini Aizan Md Zahar aka Romibaiduri Zahar... inilah jawapan TAGmu itu!

1. Nama panggilan saya : Dewi, DS & Dinaz, Lxxx, Ixx

2. Saya sedang mendengar : Opick + suara rakan sepejabat berborak

3. Kekasih saya sekarang : Nabi Muhammad SAW

4. Mungkin saya patut : Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (cita-cita nak gi luar negara... kononnya!)

5. Saya suka : Menyelesaikan tugasan dengan cepat dan sempurna

6. Sahabat-sahabat baik saya : Ikut turutan? Terlalu ramai dan tak tertulis di sini

7. Saya tak faham : Kenapa ada peperangan/kekejaman? Kenapa ada rampasan kuasa jika dah terang-terangan pemimpin tersebut telah dipilih oleh rakyat jelata melalui undian rasmi?

8. Kerjaya saya sekarang : Novelis & staf $AJ

9. Saya baru kehilangan : 2nd Celc0m SIM card

10. Ramai yang berkata saya : Pendiam, suka senyum

11. Makna nama saya : Cahaya

12. Di suatu tempat, seseorang sedang : Berborak tak ingat dunia!

13. Bila saya terjaga dari tidur : Ada wajah yang tersayang

14. Saya paling meluat bila : Orang yang sombong, pembohong dan penunggang motorsikal/pemandu kereta yang suka buat peraturan sendiri

15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah : Kucing

16. Aktiviti / program hari ini : Siapkan tugasan di pejabat dan manuskrip baru

17. Malam ini saya akan : Tidur

18. Esok saya akan : Mendakap Dell kesayangan, belek pokok, riadah, bla-bla-bla...

19. Sebelum tidur saya akan : Baca doa tidur, 'kissing-kissing' (dengan anaklah!)

20. Perancangan hujung minggu : Pergi GSC, Pelangi Mall kut... Nak sangat tonton Ice Age 3!!!

21. Saya sedang menanti : Keajaiban demi keajaiban

22. Saya rasa kesal bila : Si dia asyik sibuk dengan aktiviti di luar

23. Saya sangat berharap bila : Pihak penerbit sentiasa bekerjasama dengan memberi peluang, ruang dan tunjuk ajar untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan saya.

24. Saya rasa saya seorang yang : Cool dan sangat menghormati orang selain cepat menggelabah

25. Telefon bimbit saya : N0kia N73

26. Saya sedang merindui : Kawan-kawan baik yang dah lama 'lost contact', arwah mak, arwah tok wan

27. Umur saya sekarang : 37 tahun 7 bulan

28. Pengalaman pahit untuk minggu ini : Taklah pahit sangat cuma saya telah ditinggalkan bersama 3 orang anak kerana si dia sibuk pergi memancing. Pulak tu, hari tersebut saya terpaksa bergegas ke sekolah sebab nak ambil rekod anak-anak... jadi 'ibu tinggal' sekejap!

29. Pengalaman manis untuk minggu ini : Dapat panggilan dari syarikat penerbitan berkenaan manuskrip, dapat jiran baru, balik kampung si dia (makan durian baru gugur)

30. Kali terakhir tengok wayang : Hari terakhir cuti sekolah, tonton Night Museum 2

31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak : 3-4 kali

32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak : RM50 ++

33. Kali terakhir menonton televisyen : Semalam, cerita dokumentari tentang persiapan pengkebumian MJ di Neverland

34. Channel TV kesukaan saya : 8TV & TV9

35. Orang yang anda rasa nak tag : Nora Isa, Salbie S, Syima, Tanne, Balqis MZ, Ainin Naufal

No comments: