Al-Fatihah
http://asrirabbani.blogspot.comKetua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

* * * * *
Hari ini, sekali lagi DS terkejut dengan tajuk berita mutakhir di BH online. Berkali-kali DS membacanya dan seakan-akan terdengar alunan suaranya di dalam lagu yang sangat popular, Intifada.
Al-Fatihah untuk Ustaz Asri, semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilapangkan segala urusan, insya-Allah!
* * * * *
Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa rindu
Gemersiknya lagu
Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk Dia
Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh-rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman
Oh… semerbak harum bingkisan annur
Berterbangan tinggi ke Intifada
Oh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut bernyanyi
Zikir tidak henti
Lunak diukir seni
Halus menghiasi
Persada alam ini
Hidup tidak mati
Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

2 comments:
Setiap hari kita dikejutkan dgn berita yg tak disangka... Moga rohnya dirahmati Allah S.W.T.
nora > Kejutan demi kejutan dan ini membuatkan Kak DS terfikir, bagaimana agaknya jika perkara yang sama menimpa ke atas diri Kak DS sendiri?
Astaghfirullahal-Azim... Andai kutahu!
Post a Comment