Krakatau 'Hidup' Kembali

(Sumber: Bharian.. http://bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090809110223/Article/index_html)
Saintis berjaya merakamkan gunung berapi kembali 'hidup' selepas 126 tahun tidur LEBIH seabad menyepi selepas meluahkan lahar yang memakan ribuan korban, gunung berapi Krakatau kini kembali mempamerkan isyarat membimbangkan penduduk berhampiran dan saintis yang mengagak letusannya kali ini mungkin lebih dahsyat.
Dengan ketinggian 356.76 meter dari aras laut Selat Sunda, gunung berapi paling menggerunkan itu sedia menggegarkan muka bumi ini sekali lagi. Kali terakhir ia memuntahkan lahar pada 1883 yang menyaksikan lebih 36,000 orang terkorban, sekali gus mengubah cuaca dan suhu global selama lima tahun selepas itu.
Letusan amat dahsyat dan bencana yang ditinggalkan begitu mengerikan dan tidak mampu ditandingi kerosakan dilakukan gunung berapi zaman moden, malah letusan menakjubkan Gunung St Helen di Amerika Syarikat pada 1980 masih terlalu kecil dibandingkan dengan amukan Krakatau.
Hampir 126 tahun sehingga baru-baru ini sejak Krakatau pertama kali menunjukkan tanda-tanda ia aktif semula, gambar menakjubkan berjaya dirakamkan membuktikan saki baki gunung berapi yang satu ketika dulu tersergam lebih gagah berbanding sekarang mula menggelegak dan lavanya melimpah ruah.
Kini, selepas hampir seabad setengah berlalu, ramai mula tertanya-tanya adakah penduduk dunia bakal berdepan dengan kuasa menakutkan Krakatau sekali lagi. Apatah lagi ia megah menunjukkan isyaratnya - lahar jingga terang disembur ke udara, asap hitam tebal bercampur dengan awam dan kesuraman malam digugat dengan sinaran merah.























No comments:
Post a Comment