"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

12 October 2009

Rumah Terbuka

Salam semua. Mood raya masih terkesan di sana sini malah menjadi punca kesesakan di lebuhraya! Nampaknya, tahun ini berlumba-lumba orang menganjurkan rumah terbuka. Niatnya pun baik, untuk merapatkan silaturahim antara saudara-mara dan sahabat handai. Sambil-sambil menjamu selera, kita saling bertukar cerita mengenai rumah tangga, kerjaya, anak-anak dan banyak lagi.

Pada hari Sabtu, 3 Okt yang lalu, DS bersama 2 orang puteri telah pergi ke rumah rakan penulis, Syima Syawal yang baru sahaja tampil dengan karya terbarunya, Dari Mata ke Hati terbitan Fajar Pakeer. Petang itu, hujan turun mencurah-curah di kawasan Pasir Gudang. Oleh sebab sejuk dan kantuk, Insyirah tertidur di dalam kereta. DS dijamukan dengan hidangan istimewa dan bertemu pula dengan seorang lagi rakan penulis, Rina Farizq yang kini sarat mengandung anak kedua.

Kalau ikutkan memang tak puas berborak (dan makan) namun, DS terpaksa mengundur diri kerana mahu pergi ke rumah adik lelaki DS yang kebetulan berada di taman perumahan yang sama. Malam itu, ada majlis marhaban di lorong rumahnya. Sedar tak sedar, hari dah makin larut malam dan DS mula bergerak ke sebuah destinasi yang lain pula, rumah abang ipar yang terletak di Kpg Melayu. Mujurlah masih ada baki makanan; sate, ayam bakar dan spagetthi. Itupun dapat jamah sedikit aje sebab badan dah tak larat sangat!

Hari Ahad, 4 Okt DS tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka. Biarpun secara ringkas, ia tetap meriah. Yang seronoknya sebab masak sendiri. Beberapa hari sebelum, DS dah mula mengunting lada kering dan mengupas bawang besar. Kemudian, awal-awal pagi DS pergi ke rumah abang ipar dan masak bersama-sama kak ina, kak esah, adik ipar dan anak saudara.

Semua masakan siap sekitar pukul 12 tengahari. Anak saudara DS, Ezza siap buatkan kuih talam dan bancuhkan air minuman sekali. Syukurlah ada anak saudara yang boleh diharap! Kalau anak sendiri ni, hmm... main aje yang lebih cuma Afifah seorang aje yang dah mula mahu membantu di dapur.

Hati mula rasa kembang-kuncup apabila rakan dan jiran DS mula berkunjung. Takut juga jika persiapan DS tak seberapa. Maklumlah, pertama kali buat majlis rumah terbuka. Pun begitu, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Jiran-jiran berlainan bangsa dan agama juga sudi datang ke rumah. DS rasa terharu sangat! Malah, mereka siap menghulurkan paket merah. Pada mulanya, DS tolak dengan baik namun menurut mereka, itu adalah adat mereka jika datang ke rumah orang lain sebagai tanda penghargaan.

Nampaknya cerita rumah terbuka tak habis lagi dan bersambung ke hujung minggu yang lalu...

Sabtu 10 Okt, rakan sekerja DS jemput ke rumahnya di Taman Mawar, PG. Dari sana, DS pulang di dalam keadaan tergesa-gesa kerana dah berjanji dengan Syima Syawal yang mahu singgah ke rumah DS dari rumah rakannya. Oleh kerana lebuhraya sesak, DS tiba agak terlewat sedikit dan syukur Syima sanggup menanti di hadapan rumah. Maaf ya Syima, harap awak tak serik ke rumah kita lagi... Alahai, kelam-kabut dibuatnya gara-gara rumah terbuka!

No comments: