Sana-Sini di Aidil Fitri
Salam 12 Syawal kepada semua rakan taulan tak kira walau di mana sahaja kalian berada. Maaf zahir batin ya, andai masih ada kesilapan yang terlupa diambil kira dan DS tahu, pasti ada yang tak puas hati bila DS tak membalas lawatan ke blog.
Hmm... maaf banyak-banyak ya! Sekarang ni pun, DS dah jarang kemaskini blog. Memang tak sempat! Lebih-lebih lagi jika bercuti panjang, masuk pejabat kerja dah menimbun-nimbun menanti di inbox mail. Malahan, apabila kotak tersebut penuh, ada e-mel yang hilang dan DS terpaksa hubungi semula pengirim e-mel agar mereka dapat mengirimnya sekali lagi.
Begitulah, selagi tak siap, hati tak senang. Tambah risau jika ada pelanggan yang mula mengadu transaksi pembayaran mereka masih tidak dikemaskini. Alahai... nak buat macam mana? Bila tiba hari raya Aidil Fitri, semua orang bercuti panjang termasuklah DS sendiri!
Tahun ni, DS sekeluarga menyambut raya di rumah abah sebab semua adik-beradik dah sepakat nak berkumpul di situ. Juga atas permintaan anak-anak DS yang dah lama benar tak bertemu dengan sepupu-sepupu mereka.
Sebelah petangnya, DS menziarahi pusara arwah mak dan mak saudara. Pening juga nak mengesan kedudukan sebenar pusara mereka sebab kawasan perkuburan yang dah penuh sesak. Namun, syukurlah ketemu juga akhirnya. Kemudian DS kembali ke rumah, panas-panaskan lauk sebab abah dan semuanya nak beraya.
Esoknya, DS balik kampung mentua di Muar. Sekarang ni, bukan Muar lagi sebab Bukit Kangkar dah masuk ke dalam daerah baru iaitu Ledang. Rasa sungguh terharu apabila mencium tangan mak mentua yang kini uzur. Pun begitu, dia masih lagi boleh berbual dengan rancak. Ingatannya memang bagus, kalau kena dengan gayanya, tak tidur malam jawabnya!
Hari berikutnya, DS sekeluarga bertolak ke utara pula. Sebenarnya, dah lama DS pasang niat nak menziarahi sanak-saudara yang berada nun di sana. Dah terlanjur tu, kami merancang ke Langkawi selama beberapa hari. Budak-budak yang sibuk, kononnya dah lama tak makan angin. Lagipun, Aiman baru habis UPSR dan secara kebetulan ulang tahun kelahirannya jatuh pada 21 Sept.!
Pulau legenda ini masih tetap nyaman dan indah serta menyimpan seribu kenangan buat DS dan suami. Setelah hampir 13 tahun, barulah diberi kesempatan untuk mengimbau kembali detik-detik kebahagiaan yang dikecapi bersama dari dahulu hingga kini, syukur alhamdulillah!
Insyirah sempat bergaya di Teluk Burau, sebuah pantai awam yang masih terpelihara kebersihannya. Cukup tenang dan damai untuk membuang penyakit 'tension' di ruang kepala... \~_~/. Airnya yang hijau menggamit segala deria rasa. Sampai tak nak berganjak waima malam mula mengusir siang.
Setiap hari, ada sahaja tempat menarik yang kami kunjungi seperti Langkawi Cable Car di Gunung Mat Cincang, Underwater World di Chenang, Telaga Tujuh, Padang Matsirat dan banyak lagi.
.
Sebelum balik ke JB, sekali lagi ke rumah mentua. Bukannya apa, maklumlah bila dah mula bertugas dan anak-anak bersekolah, tak dapatlah nak jengok mak mentua selalu. Sempat juga DS masakkan untuknya asam pedas ikan tenggiri, ikan kembong goreng, sayur buncis rencah udang.
Petang Ahad itu, kami terperangkap dalam kesesakan lebuhraya dan tiba di JB sekitar pukul 8 malam.
Malam Rabu lepas, ada majlis marhaban di kawasan perumahan kami. DS cuma sediakan air dan kuih-muih. Ramai juga yang datang termasuklah anak-anak jiran. Biasalah kan, nak apa lagi? Tentulah mereka nak duit raya! Hihihi...

Sementara menunggu kunjungan kumpulan marhaban ke rumah, Afifah menyiapkan kerja sekolahnya.
Akhir sekali, DS nak menjemput kalian ke rumah DS yang tak sepertinya ini... No.1, Jln KI 3/5, Tmn Kmps Indh. Insya-Allah, petang Ahad 4 Okt. DS akan mengadakan jamuan seadanya. Sudi-sudikan, ya!
p/s: Gambar dari hp aje sbb abg terclear memory card kamera... huhu!























No comments:
Post a Comment