2112
Salam semua, rakan-rakan yang sangat DS rindui! Lamanya tak tampal N3 baru.. sebetulnya DS sibuk dengan karnival sukan yang baru-baru ini diadakan di MRSM, Muar dari 17.12.2009 hingga 20.12.2009. DS menyertai acara karom wakil pasukan ibu pejabat. Setelah berhempas pulas (cehwah!) akhirnya, pasukan DS dapat tempat ke3 manakala kontigen ibu pejabat masih lagi mengekalkan kejuaraan untuk peringkat keseluruhan. Dah buat di Muar tu, dapatlah DS singgah ke kampung mentua. Cik abang DS bersama anak-anak juga berada di Muar dan kami pulang ke JB pada Ahad malam.
Tarikh 21 Disember sangat istimewa kerana merupakan hari ulang tahun perkahwinan DS. Alhamdulillah, sepanjang 13 tahun ini, kami sangat bahagia. Apatah lagi, dikurniakan 3 orang cahaya mata yang sihat tubuh badannya, sempurna akal fikirannya dan manja-manja belaka. Semoga Allah SWT menyatukan jiwa kami dunia dan akhirat sebagaimana petikan kata-kata yang DS tampal di sini...
Mungkin juga 13 tahun masih terlalu muda. Perjalanan hidup masih panjang, takdir Ilahi tidak terduga oleh akal fikiran. Apa-apa pun jua bentuk rintangan yang bakal mendatang, DS pohon kepada Allah SWT agar diri kami suami-isteri tetap tabah dan redha.
DS nak ambil peluang di sini untuk menyampaikan penghargaan kepada suami DS yang baik hati, penyayang dan sangat memahami terutama ketika perhatian DS lebih tertumpu kepada dunia penulisan. Malah, dah banyak kali juga dia mengorbankan masanya untuk menghantar DS ke bengkel penulisan dan pesta buku di PWTC.






















No comments:
Post a Comment