"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

24 December 2009

Kembara ke Pandora

Pandora? Eh, dekat mana tu? Sedap juga namanya tapi... itu nama negara atau pulau? Percaya tak kalau sebenarnya ada kehidupan di galaksi sana dan tempat itu bernama Pandora. Pemandangannya sungguh indah, permai penuh dengan flora dan fauna. Juga terdapat haiwan esotik dan mistik. Setiap hidupan di sana tidak kira kecil atau besar saling berhubungan seperti ada kuasa telepati. Malah planet atau bintang berhampiran bisa dilihat dengan mata kasar. Juga terdapat pulau-pulau yang terawang-awang di ruang atmosfera.

Hmm.. sebetulnya ia hanyalah gambaran untuk sebuah lagi karya agung oleh James Cameron yang masih lagi ditayangkan di pawagam. Malam tadi DS seangkatan keluarga pergi menonton filem sci-fi yang penuh dengan efek khas ini selama hampir 3 jam!

Kisah ini memaparkan pakatan kotor makhluk Bumi untuk memperdaya makluk di Pandora semata-mata merebutkan bahan galian yang bernilai tinggi! Kaum Na'vi yang menghuni kawasan tersebut cuba diusir dengan cara baik. Jack Sully terpaksa memikul tanggungjawab itu namun akhirnya, dia tertarik untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Dia jatuh hati kepada puteri kaum Na'vi bernama Neytiri dan natijahnya, mereka semua terpaksa berdepan dengan peperangan besar.

Cerita selebihnya tak payahlah DS letak kat sini. Kenkawan kena pergi tengok sendiri, mengembara ke Pandora. Pasti tak rugi dan terus tangkap cintan kat pelakon Sam Worthington yang nampak sangat naif tu!

No comments: